saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/10/2011

Pembentangan Bajet 2012 berjalan lancar

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama dua jam di Dewan Rakyat hari ini berjalan lancar tanpa banyak gangguan daripada pembangkang.

Cuma sekali-sekala pembangkang membuat sorakan nakal apabila Perdana Menteri mengumumkan 'durian runtuh' terutamanya semasa pengumuman bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Menariknya pembentangan bajet kali ini, pembangkang yang banyak menerima sorakan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutama ketika Najib secara sinis mempersoal konsep negara berkebajikan pembangkang.

Malah, paling riuh pembangkang disorak apabila Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan tidak akan sesekali memperlekeh jasa pejuang negara yang berjuang memerdekakan negara dari cengkaman penjajah.

Najib yang memakai baju Melayu berwarna merah hati memulakan ucapannya pada pukul 4.03 petang dengan memetik firman Allah dari surah Quraish ayat tiga dan empat sebelum menutup ucapan juga dengan memetik firman dari surah al-Hasyr, ayat tujuh.

Tidak terkecuali di akhir ucapan, beliau memberi penghormatan kepada semua Perdana Menteri terdahulu sehingga mendapat tepukan meja gemuruh daripada seluruh penyokong BN.

Pembentangan Bajet 2012 merupakan yang ketiga bagi Najib sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara pada 2009 dan ia boleh dianggap sebagai paling menyeluruh dengan pelbagai berita baik diumumkan untuk rakyat.

Ucapan yang bertemakan 'Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara' setebal 50 muka surat itu mendapat tepukan meja bergemuruh apabila banyak 'durian runtuh' kepada penjawat awam diumumkan Perdana Menteri.

Tepukan meja sekali lagi bergemuruh apabila beliau mengumumkan sumbangan RM3,000 kepada bekas anggota keselamatan negara, duda serta balu mereka dan ketika pengumuman pemberian bonus kepada kakitangan awam.

Sepanjang menyampaikan ucapannya, beliau diberikan tepukan meja kira-kira 50 kali oleh penyokong kerajaan apabila mengumumkan langkah-langkah untuk kesejahteraan rakyat.

Ucapan bajet itu telah disokong penuh oleh Muhyiddin sebaik sahaja Najib selesai membentangkan ucapannya pada pukul 6.03 petang.

Sebaik sahaja Perdana Menteri menghabiskan ucapannya, hampir semua ahliParlimen pembangkang masing-masing mengangkat senaskhah buku berwarna jingga.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.