saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 10/10/2011

Potongan 75% bagi 1.5j buku

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kira-kira 1.5 juta naskhah buku terbitan tempatan dan antarabangsa ditawarkan dengan potongan harga melebihi 75 peratus pada pameran jualan buku terbesar di dunia yang berlangsung di Taman Pameran Pertanian Serdang (MAEPS).

Pameran selama 10 hari itu bermula 7 Oktober lalu dari pukul 10 pagi hingga 9 malam merupakan anjuran Big Bad Wolf Book Sdn. Bhd.

Jurucakap syarikat itu, Michael C. Mehta berkata, potongan harga sebanyak 75 hingga 90 peratus membolehkan peminat buku mendapatkan bahan bacaan dengan harga serendah RM3.

“Harga buku yang ditawarkan ini memang berpatutan. Kami menyasarkan 500,000 pengunjung pada tahun ini berbanding 80,000 orang pada pameran tahun lalu,” katanya di sini, hari ini.

Bagi bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Piji Wangsa, Tumpat, Fauziah Abdul Rahman, 58, dia sanggup datang dari Kelantan kerana pameran itu menawarkan harga berpatutan.

“Saya harap pameran ini dapat diperluaskan ke negeri lain kerana mungkin ramai tidak berkesempatan mengunjunginya disebabkan faktor lokasi dan waktu bekerja,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.