saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 11/10/2011

Gagal temuduga punca menganggur

STATISTIK sehingga Julai tahun lalu, seramai 952,000 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta masih menganggur walaupun mempunyai kelayakan yang baik.

Fenomena itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya bakal siswazah. Pembangunan pesat institusi pengajian tinggi yang lahir persis cendawan yang tumbuh selepas hujan menyaksikan lebih 24,000 graduan 'dilahirkan' oleh IPTA dan IPTS seluruh negara setiap tahun.

Ia mengundang persaingan yang lebih hebat perlu ditempuhi oleh graduan untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan yang semakin terhad.

IPT memainkan peranan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di peringkat yang tinggi dan memberi latihan untuk mengasah bakat serta kemahiran pelajar agar sesuai dengan bidang pekerjaan yang diceburi di industri. Namun, sejauh mana jaminan terhadap kebolehpasaran untuk mendapat pekerjaan sesudah tamatnya pengajian di IPT tersebut.

Perunding Imej Positive Grooming Sdn. Bhd., Yasmin Siddik berkata, pencapaian dalam bidang akademik sahaja tidak menjamin 100 peratus kebolehpasaran untuk memperoleh pekerjaan.

Ini kerana, katanya, kehendak majikan dan pasaran industri masa kini lebih mementingkan bakat atau kemahiran insaniah yang menjadi nilai tambah mengukur kebolehan seseorang graduan dengan graduan yang lain.

Masalah pengangguran juga sebahagiannya berpunca daripada kelemahan graduan untuk menonjolkan diri mereka dalam mengambil pekerja semasa menghadiri sesi temuduga.

"Aspek itu merangkumi sikap, tahap keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian pada bengkel Pesona Graduan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) ajuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama UniKL di Dewan Bistari UniKL, 6 Oktober lalu.

Kira-kira 100 mahasiswa tahun akhir UniKL hadir menghadiri bengkel persedian menghadapi alam pekerjaan itu.

Turut hadir, Timbalan Dekan UniKL, Profesor Dr. Shahrulniza Musa, Penolong Pengurus PPZ MAIWP, Mohammed Hassan, dan Eksekutif Kanan Unit Dakwah Zakat PPZ, Mohd. Shafiq Abdullah.

Menurut Yasmin, ramai graduan gagal pada sesi temuduga kerana kurang pengetahuan dan persedian rapi terhadap aspek tersebut.

Katanya, perkara utama dan yang sangat penting adalah menunjukkan sikap yang matang. Ia bermaksud berdisiplin dan sanggup memberi komitmen dengan sepenuh hati tanpa memberi sebarang alasan apabila ditanya kesanggupan untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

"Kedua, menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi sepanjang sesi temuduga. Manakala yang ketiga adalah kemahiran berkomunikasi. Ia juga termasuk komunikasi secara lisan atau perbuatan," katanya.

Sementara itu, Mohammed berkata, bengkel itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PPZ MAIWP.

Ia bertujuan memberi pendedahan dan maklumat mengenai etiket sosial dan penampilan diri kepada bakal graduan UniKL dalam menghadapi alam pekerjaan.

Selain itu, PPZ MAIWP turut menyampaikan taklimat mengenai tanggungjawab menunaikan zakat kepada peserta.

"Diharap program ini dapat meningkatkan motivasi pelajar sebagai persedian menghadapi alam pekerjaan.

"Pada masa sama tidak melupakan tanggungjawab sebagai umat Islam untuk menyucikan harta dengan menunaikan ibadah zakat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.