saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/10/2011

Prof. Omar Tokoh Akademik Negara


Muhyiddin Yassin menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara 2010 kepada Omar Abdul Rahman di PWTC, semalam. Turut hadir Mohamed Khaled Nordin.


KUALA LUMPUR 10 Okt. - Bekas Penasihat Sains pertama kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Prof. Emeritus Tan Sri Omar Abdul Rahman hari ini diumumkan pemenang Anugerah Tokoh Akademik Negara 2009 dan 2010.

Anugerah berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan ahli-ahli akademik dari institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berupa wang tunai bernilai RM80,000, sijil serta trofi itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) 2009 dan 2010.

Majlis yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Omar merupakan pakar veterinar Malaysia pertama yang mendapat Ijazah Doktor Falsafah dan profesor pertama dilantik di Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau juga penerima kepada lapan ijazah doktor kehormat dari dalam dan luar negara.

Antara profil lain yang pernah dipegang termasuk Timbalan Naib Canselor UPM (1982), Presiden Persatuan Pembedahan Veterinar Malaysia-Singapura, Persatuan Saintifik Malaysia, Persekutuan Kelab dan Akademi Saintifik Asia, Majlis Sains Asia dan bekas Timbalan Presiden Persatuan Saintifik Rangkaian Dunia Ketiga.

ANN merangkumi enam kategori utama iaitu Anugerah Tokoh Akademik Negara, Anugerah Penerbitan Buku, Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk, Anugerah Seni dan Kreativiti dan Anugerah Pengajaran.

Anugerah Penerbitan Buku dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Jelani Harun dan Prof. Dr. Nik Azis Nik Pa; Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal, Prof. Madya Mohamad Pauzi Zakaria; Anugerah Inovasi & Pengkomersialan Produk, Prof. Dr. Aini Ideris; Anugerah Seni dan Kreativiti, Junaidi Awang.

Penyandang hadiah utama Anugerah Pengajaran (Kesihatan) ialah Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali; Prof. Madya Dr. Jaafar Jantan (Sains Tulen); Prof. Madya Ir. Hayati Abdullah (Kejuruteraan); Prof. Datuk Dr. Mohamed Shariff Mohamed Din (Sains kesihatan); Prof. Madya Dr. Mohammad Shatar Sabran (Sastera dan Sains Sosial) dan Dr. Lee Ai Choo (Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.