saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/10/2011

Peserta konvoi motosikal kuasa tinggi maut jatuh gaung

11/10/2011 2:42am

KUALA LIPIS 11 Okt. – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas kenderaannya terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 40 meter di Kilometer 31, Jalan Sungai Koyan–Cameron Highlands di sini semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang itu meragut nyawa Kaharuddin Ismail, 53, yang bertugas dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Jerantut.

Kemalangan yang menimpa mangsa hanya disedari tiga rakannya ketika singgah di sebuah stesen minyak sebelum pulang ke Jerantut dan mendapati mangsa tidak muncul kira-kira pukul 5.30 petang.

Mangsa dan tiga rakan konvoi itu bertolak dari Jerantut kira-kira pukul 11 pagi ke Cameron Highlands sebagai aktiviti riadah mereka sempena hujung minggu.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, tiga rakan konvoi mangsa berpatah balik ke Sungai Koyan untuk mencari mangsa dan sebaik sahaja gagal ditemui, mereka kemudian membuat laporan di Balai Polis Sungai Koyan.

“Polis melancarkan operasi mencari dan menyelamat dibantu oleh orang awam untuk mengesan mangsa di setiap selekoh sepanjang jalan Sungai Koyan–Cameron Highlands,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, pihaknya kemudian menemui kesan brek di jalan raya sepanjang 20 meter di Kilometer 31 pukul 11 malam tadi dan menemui mangsa yang tercampak ke dalam gaung.

“Usaha menaikkan mayat mangsa selesai pada pukul 12 tengah malam tadi dan sebaik sahaja dibawa naik, mayatnya dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman selain patah kaki.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Pengawai Penyiasat Trafik Daerah, Inspektor Johnny anak James Bujang di talian 09-3122222 bagi membantu siasatan. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.