saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/10/2011

Azreen penerima termuda biasiswa Yang di-Pertuan Agong

12/10/2011 3:11pm

KUALA LUMPUR 12 Okt – Nur Zareen Zulkarnain, 21, yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana dalam bidang sains komputer di Universiti Manchester di United Kingdom merupakan penerima termuda biasiswa Yang di-Pertuan Agong.

Beliau merupakan antara 12 penerima biasiswa itu yang diwujudkan oleh kerajaan sejak 2006 untuk warga Malaysia yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD) di universiti tempatan dan luar negara.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan biasiswa itu kepada pelajar yang berjaya di Istana Negara di sini hari ini.

Enam daripada mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD terdiri daripada Mohamed Afiq Rahmat, 24, yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal di Universiti Monash, Australia; Mohamad Zulfazli Mohd Sobri, 23, dalam bidang Sains Tumbuhan di Universiti Manchester.

Chang Sui Kiat, 25, dalam bidang Sains Pemakanan di Universiti Putra Malaysia; Muhammad Nazmin Yaapar, 24, dalam bidang Sains Haiwan dan Tumbuhan di Universiti Sheffield, United Kingdom.

Rohayu Jusoh, 22, dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi Malaysia, dan Ummi Abdullah, 25, dalam bidang Bioteknologi Perubatan di Universiti Oxford, United Kingdom.

Lima penerima biasiswa di peringkat sarjana terdiri daripada Nur Nadiah Mohd Rais, 24, yang mengikuti pengajian fizik dan kejuruteraan perubatan di Kolej Universiti London, Beh Ching Yew, 24, dalam bidang bioteknologi Perubatan di Universiti Malaya.

Nurul”Adni Ahmad Ridzuan, 22, bidang kejuruteraan reka bentuk bersepadu di Universiti Keoi, Jepun; Nazirah Kamaruzaman, 23, dalam bidang undang-undang di Kolej Universiti London, United Kingdom; dan Abir Abdul Rahim, 23, dalam bidang sains aktuari di Universiti City, United Kingdom. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.