saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 12/10/2011

Dakwaan plagiat: Hakim tarik diri dengar rayuan kes dadah

12/10/2011 5:02pm

PUTRAJAYA 12 Okt. Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Malik Ishak yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku kerana memplagiat keputusan seorang Hakim Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 2000, hari ini menarik diri daripada mendengar rayuan satu kes dadah.

Beliau menarik diri selepas peguam Karpal Singh yang mewakili perayu, M. Kuna Segaran membuat permohonan tersebut atas alasan penglibatannya dalam rayuan itu akan mewujudkan persepsi masyarakat sehingga boleh menimbulkan konflik.

Hakim Abdul Malik ketika menyatakan persetujuannya menarik diri memaklumkan, beliau menerima arahan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif untuk mempengerusikan panel tiga hakim bersidang mendengar rayuan tersebut.

Sebelum itu, Karpal menyatakan, permohonan itu dikemukakan ekoran notis usul yang difailkan oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat kepada Dewan Rakyat pada 4 Oktober lalu bagi merujuk beliau ke tribunal kehakiman atas dakwaan memplagiat penghakiman berkaitan undang-undang hak cipta, 11 tahun lalu.

Karpal selaku Ahli Parlimen Bukit Gelugor mendakwa Hakim Abdul Malik memplagiat sebahagian daripada satu keputusan yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, GP Selvam dan perbuatan itu serius serta melanggar salah laku hakim. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.