saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 13/10/2011

Peruntukan tambahan RM15.6j diperlu


KERJA-KERJA membaiki jalan Pontian-Kukup Laut giat dijalankan berhampiran Rambah, Pontian, baru-baru ini.


PONTIAN 12 Okt. - Projek membaiki Jalan Pontian-Kukup Laut yang merupakan laluan utama ke beberapa destinasi pelancongan di daerah ini masih memerlukan peruntukan RM15.6 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Datuk Md. Othman Yusof berkata, Kerajaan Persekutuan baru-baru ini meluluskan peruntukan RM4.4 juta bagi kerja membaiki jalan itu, namun jumlah itu masih belum mencukupi.

Katanya, jalan itu juga merupakan laluan penting ke projek pembangunan di Tanjung Bin yang kini memasuki fasa terbaru dengan pembinaan kompleks petrokimia berhampiran stesen janakuasa arang batu di sana.

"Memandangkan hampir 20 tahun jalan tersebut tidak diperbaiki, beberapa bahagian telah mengalami kerosakan dan ini menimbulkan keadaan tidak selesa kepada pengguna, termasuk para pelancong yang pergi ke Kukup Laut dan Taman Negara Tanjung Piai.

"Secara keseluruhannya Jalan Pontian-Kukup Laut sepanjang 20 kilometer itu memerlukan peruntukan RM20 juta bagi kerja membaiki kerosakan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Md. Othman berkata, pelbagai kenderaan berat yang membawa bahan binaan ke projek pembangunan di Tanjung Piai turut menyumbang kepada masalah kerosakan jalan.

Dalam pada itu, beliau berharap, kerja-kerja pembinaan Jalan Pekan Nanas-Tanjung Bin yang kini sedang dilaksanakan dapat disiapkan 2012 bagi memberi laluan alternatif kepada pengguna.

Katanya, pembinaan jalan dengan kos RM45 juta itu akan memendekkan jarak perjalanan dari Pekan Nenas ke selatan Pontian tanpa melalui Bandar Pontian Kecil serta beberapa pekan lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.