saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 13/10/2011

Simpang Equine-MEX dibina


PROJEK pembinaan persimpangan bertingkat di Seri Kembangan, Serdang akan menghubungkan terus Taman Equine dan Seri Kembangan dengan pembukaan susur masuk dan keluar di kawasan itu. – UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed


SERDANG 12 Okt. – Penantian lebih 250,000 penduduk di sekitar Taman Equine dan Seri Kembangan di sini untuk dihubungkan terus dengan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) yang melalui kawasan itu akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Ini berikutan langkah kerajaan meluluskan cadangan pembinaan persimpangan bertingkat ke lebuh raya itu dalam mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, pelaksanaan projek itu juga dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan sejak sekian lama.

Menurutnya, kesesakan terpaksa dilalui penduduk terutama pada waktu puncak sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan pembangunan pesat di kawasan itu.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan pembinaan persimpangan bertingkat ini bagi kemudahan penduduk di sini yang sudah sekian lama diperjuangkan.

“Ini sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir, Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon dan Pegawai Penyelaras Kawasan DUN Kinrara, Datuk Wong Hock Aun.

Sementara itu, Pian Hon berkata, dianggarkan kira-kira 10,000 pengguna yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran menggunakan laluan sedia ada di kawasan itu setiap hari.

Katanya, apabila siapnya laluan itu kelak, mereka yang datang dari Seri Kembangan tidak lagi perlu mengharungi kesesakan sehingga satu jam untuk ke Kuala Lumpur, sebaliknya perlu mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.

“Dalam surat yang dihantar Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertarikh 16 Jun lalu, pihak LLM ketika ini sedang dalam proses akhir kajian terperinci bagi pelaksanaan persimpangan itu.

“Ia melibatkan kaedah untuk penyediaan pelan dan proses pengambilan balik tanah, penyediaan ringkasan reka bentuk dan reka bentuk terperinci berasaskan prosedur yang ditetapkan pihak kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata, apa yang diharapkan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan pada tahun depan.

Katanya, anggaran kos serta tempoh projek itu dijangka disiapkan akan diumumkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya semasa lawatan ke lokasi dalam tempoh terdekat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.