saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/10/2011

Sophia Ibrahim sihat kerana hati


KERJA-kerja mengemas rumah dilakukan sendiri.


DILAHIRKAN di Singapura dalam sebuah keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan suatu ketika dahulu, Sophia Ibrahim tidak pernah merasa kekok untuk bergelar anak wayang.

Anak sulung daripada 10 orang adik beradik, Sophia atau nama sebenarnya, Safiah di zaman mudanya, pernah berlakon selama empat tahun dalam filem-filem Melayu terbitan Merdeka Filem Productions Sdn. Bhd.

Filem pertama lakonan Sophia atau mesra disapa mummy ialah Ragam P.Ramlee pada tahun 1964 sebagai Mariana, pendukung watak utama dalam filem tersebut.

Setahun kemudian, beliau diberi peluang mendukung watak utama dalam filem Dajal Suci. Tahun 1970, bersama rakan seangkatannya, Datuk Sarimah Ahmad, beliau muncul lagi sebagai pelakon utama menerusi filem Dr. Rushdi.

Walaupun bergelar pelakon filem namun, perasaan ibu kepada empat orang anak dan nenek kepada lapan orang cucu ini memberitahu S3, beliau tidak merasa puas dengan dunia lakonan.

“Sebabnya, mummy lebih suka menyanyi. Jadi, waktu itu, mummy menyanyi di kelab-kelab malam, bermula di Kowloon dan kerjaya itu seiring dengan lakonan.

“Namun mummy tidak tinggalkan terus bidang lakonan. Cuma apabila ada tawaran berlakon, mummy terima.

“Ini termasuklah tawaran untuk berlakon filem Cinta 200 Ela (2002), Pontianak Harum Sundal Malam (2004) serta dua filem arahan Aziz M. Osman, Puteri Impian dan Puteri Impian 2,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sebagai artis, Sophia yang kini berusia 64 tahun telah merasai asam garam dunia hiburan. Pun begitu, beliau berkata, kehidupan yang dilaluinya hari ini cukup tenang dan tidak perlu dikocakkan dengan menebak soalan berbaur peribadi.

Katanya, cukup dengan hidupnya hari ini yang dikelilingi oleh keluarga, adik beradik, anak-anak, menantu dan cucu-cucunya.

Maka itulah, beliau berkata, tidak perlu baginya bercerita tentang kisah silam kehidupan terutamanya yang menjurus ke arah rumah tangga.

“Mummy teruskan hidup dengan menyanyi dan berlakon. Memang benar mummy tidak bergelar isteri kepada sesiapa pun selepas perkahwinan yang dibina, tidak berkekalan.

“Tetapi, alhamdulillah kehidupan mummy hari ini cukup tenang kerana hati ini tidak dibendung dengan rasa benci atau menjaga tepi kain orang. Mungkin lebih tenang daripada mereka yang bersuami tetapi tidak dihargai.

“Lagi pun, bagi mummy, kalau hati kita tidak dipenuhi dengan rasa tidak puas hati terhadap orang lain, Tuhan akan bagi kita ketenangan.

“Bukannya sentiasa berprasangka buruk terhadap orang lain, mencari salah orang lain atau pun sentiasa tidak puas hati terhadap apa yang orang lain ada.

“Hidup mana yang akan tenang kalau sentiasa disumpah orang? Maka itu, mulut nak kena jaga. Bahasa jangan kesat kerana orang pun ada tahap kesabaran,” ujarnya.

Sophia bersyukur kerana di peringkat usianya hari ini, beliau tidak menghidap sebarang penyakit termasuk masalah berat badan.

Kunci kepada kesihatan yang baik, bagi Sophia ialah kegembiraan dan keseronokan kerana dikelilingi keluarga.

“Kalau ada adik beradik tetapi tidak rapat pun tidak guna. Itu sebabnya kehadiran anak-anak dan cucu-cucu membuatkan hati mummy girang. Keriuhan mereka sentiasa menghiburkan hati.

“Andai kata hati kita bersih, bukan sahaja orang akan menyenangi kita tetapi orang juga akan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kita.

“Kalau hendak tahu, musim cuti sekolah nanti, rumah ini menjadi hiruk pikuk kerana cucu-cucu balik.

“Mummy memang tidak jaga cucu-cucu kerana anak-anak tahu mummy sudah penat membesarkan mereka.

“Waktu semua orang balik, mestilah mummy ke dapur memasak dan melayan kerenah mereka,” kata kakak kepada Datuk Khadijah (Khaty) dan Latif Ibrahim ini.

Bercerita lanjut tentang kehidupannya hari ini, selepas solat Subuh, beliau akan mula mengemas rumah.

“Walaupun rumah tidak bersepah tetapi mummy mesti nak menyapu dan mengemas. Mana-mana habuk yang ada di atas meja, mummy akan lap.

“Kemudian, basuh baju kalau ada yang perlu dibasuh. Selepas itu, mummy akan rehat sebentar,” katanya.

Aktiviti yang sentiasa disenangi oleh Sophia jika tidak keluar memenuhi undangan atau menziarahi rakan-rakan artis ialah menanam pokok bunga.

“Ini hobi mummy. Melihat warna hijau daripada daun-daun pokok, itu menyegarkan minda dan mata.

“Walaupun halaman rumah mummy tidak berapa besar tetapi memadai dengan apa yang ada.

“Boleh tanam pokok bunga dalam pasu, siram, cantas mana-mana yang perlu dicantas dan beri baja, itu salah satu exercise untuk mummy ,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.