saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/10/2011

Zaf keluar VE dalami agama

Namun, jodoh Zaf atau nama sebenarnya Zafri Nazaruddin bersama VE tidak panjang. Kebanyakan anggota VE membawa haluan sendiri selepas berpecah pada tahun 2007.

Selepas keluar daripada VE empat tahun lalu dan terpisah dengan kumpulannya itu, dia bukan sahaja melupakan bidang nyanyian tetapi pada masa yang sama jiwanya juga terasa kosong.

Menurut Zaf, sejak itu dia melakukan pelbagai kerja termasuklah berniaga sebagai sumber pendapatan selain untuk mengisi masa lapangnya.

"Setelah keluar dari VE, saya telah melakukan pelbagai pekerjaan antaranya mengusahakan tanaman kontan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan selama beberapa tahun.

"Ketika itu, saya bukan sahaja memikirkan tentang masa depan saya tetapi juga bagi mengisi kekosongan jiwa saya. Mulai saat itu saya memang benar-benar mahu berubah.

"Justeru mulai tahun 2007, saya mula mendalami ilmu agama di sekitar Kuala Lumpur," katanya kepada S3 sewaktu ditemui di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Jelas penyanyi berusia 31 tahun ini, sehingga kini dia masih belajar dan mendalami ilmu fekah dengan seorang guru agama, Habib Ali Zainal Abidin di surau Al-Hidayah AU3, Kuala Lumpur.

Dia yang pernah popular bersama VE menerusi lagu berjudul Party Like This berkata, segalanya bermula apabila dia dipertemukan dengan Ameer bekas anggota Ruffedge pada 2006.

"Saya memang kenal Ameer tetapi sudah lama kami tidak berjumpa. Sebelum itu, saya ada mendengar perubahan pada diri Ameer yang semakin banyak mendalami agama.

"Saya dan Ameer dipertemukan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Sejak itu, kami selalu berjumpa dan dialah yang memperkenalkan saya dengan Habib Ali Zainal Abidin," ujarnya.

Selain Zaf, VE turut dianggotai oleh Shah, Lah, Cham dan Damian. Ada di antara mereka yang meneruskan kerjaya dalam bidang muzik, misalnya Damian sebagai komposer hingga kini.

Sepanjang bersama VE, dia cuma sempat menghasilkan tiga buah album berjudul Extreme Pleasure, Extreme Pleasure Extra dan For You yang berkonsepkan R&B.

Kata suami kepada Norliza Ismail dan ayah kepada Khayra Hannah, 3, dan Khayra Amani, 2, ini dia berasakan jiwanya kini lebih tenang dalam meneruskan kehidupan seharian bersama keluarganya.

Sungguhpun sudah empat tahun meninggalkan VE tetapi jiwa dan minatnya dalam bidang nyanyian belum hilang. Jika boleh dia mahu meneruskan bakat yang dimilikinya itu.

"Apabila bertemu Ameer, saya juga dipertemukan dengan bekas anggota Innuendo iaitu Pot Amir di mana mereka mengajak saya menubuhkan kumpulan Al-Mawlid.

"Buat masa ini, kami sedang merancang untuk menerbitkan album sendiri yang berkonsepkan R&B tetapi menampilkan lirik-lirik lagu yang bertemakan ketuhanan," ujarnya.

Setakat ini ujarnya, antara lagu yang akan dirakamkan dalam album sulung mereka itu berjudul Tholama Asyku, Selamat Kiyam, Ingin Bersamamu dan Cahaya Seluruh Alam.

Meskipun masih mengekalkan konsep muzik R&B, tetapi jelas Zaf, dia akan menyanyi seperti sewaktu bersama VE tetapi dengan menjaga batas-batas tertentu agar tidak melanggar hukum syarak.

"Walaupun saya sudah berubah atau berhijrah termasuklah daripada segi imej serta penampilan diri, tetapi bidang nyanyian sukar untuk dipisahkan daripada diri saya.

"Bezanya cara saya menyanyi dan lirik lagu-lagu saya tidak sama seperti VE. Saya kini bukan sahaja lebih tenang tetapi juga mempunyai matlamat hidup yang lebih jelas," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.