saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/10/2011

ATM sedia bantu operasi Program 6P


Abdul Latiff Ahmad beramah mesra dengan pelatih di Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating di Kuantan, semalam. - BERNAMA


KUANTAN 15 Okt. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersiap sedia membantu kerajaan dalam operasi besar-besaran terhadap majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi Program Penyelarasan Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, ATM memberi kerjasama penuh kepada Kementerian Dalam Negeri bagi memastikan operasi tersebut mencapai matlamatnya.

Menurut beliau, penglibatan ATM dalam operasi itu membuktikan kerajaan begitu serius menangani masalah tersebut supaya ia tidak memberi kesan kepada masyarakat di negara ini.

"Selama ini, sempadan negara kita diawasi oleh Briged Sempadan yang menjaga sepanjang 535 kilometer di Sempadan Malaysia-Thailand bertujuan mengekang kemasukan PATI ke Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang Cherating di sini hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, lebih empat juga anggota penguat kuasa akan digerakkan secara bersepadu dalam operasi besar-besaran terhadap Program 6P.

Operasi membabitkan lokasi di darat, laut dan sempadan darat itu bakal diketuai oleh Jabatan Imigresen dan disokong hampir tiga juta anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela), 125,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 110,000 anggota ATM.

Mengenai pelancaran Briged Sukarela PLKN oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, Abdul Latif berkata, ia adalah langkah terbaik dalam melahirkan golongan muda berbakti kepada masyarakat.

Katanya, sekiranya berlaku bencana di negeri atau daerah tertentu, bekas pelatih yang menetap di situ boleh digerakkan dalam menghulurkan bantuan segera kepada mangsa terbabit.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.