saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 18/10/2011

Dr Rahamat dilantik sebagai Ketua Pengarah EPU yang baru

18/10/2011 4:09pm

KUALA LUMPUR 18 Okt. Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Rahamat Bivi Yusoff dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkuat kuasa esok.

Pelantikannya bagi menggantikan Datuk Noriyah Ahmad yang tamat kontrak perkhidmatan hari ini.

Pelantikan Rahamat, 54, dan enam lagi pegawai kanan Perkhidmatan Awam diumumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan, hari ini.

Pelantikan Rahamat, yang telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam hampir 30 tahun, dibuat berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya dalam bidang ekonomi, kewangan dan pembangunan.

JPA turut mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Program National Transformation and Advancement (NTA) EPU, Datuk Himmat Singh Ralla Singh sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya mulai 23 Oktober bagi menggantikan Datuk Thomas George MS George yang tamat kontrak pada 22 Oktober.

Timbalan Ketua Pengarah EPU, Datuk Mat Noor Nawi pula ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Sistem dan Kawalan) Kementerian Kewangan berkuat kuasa esok.

Pengarah Seksyen Bajet Pembangunan, EPU, Noor Zaidah Dahalan pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Program Strategic Programming and Allocation di EPU bagi menggantikan Mat Noor.

Pengarah Seksyen Industri Perkhidmatan EPU Yogeesvaran Kumaraguru ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah NTA bagi menggantikan Himmat Singh.

JPA juga mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Setiausaha Perkhidmatan Am di JPM Datuk Othman Mahmood sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Perkhidmatan Am bagi menggantikan Datuk Zainol Othman yang bersara wajib pada 1 Oktober lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Datuk Khazali Ahmad pula ditukarkan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah di JPM mulai 16 Oktober.

Beliau menggantikan Datuk Muhammad Hatta Abdul Aziz yang bersara wajib pada 19 September lepas. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.