saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 18/10/2011

FlexoResearch bina kilang kertas di Perlis

KUALA LUMPUR 17 Okt. - FlexoResearch Malaysia Sdn. Bhd. (FlexoResearch) telah melakukan pelaburan sebanyak RM15 juta untuk membina kilang kertas daripada kertas terpakai di Padang Besar, Perlis.

Teknologi penghasilan kertas daripada kertas terpakai itu dibawa dari FlexoResearch Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Ariez Hazaril Tengku Abd. Halim berkata, kilang tersebut dijangka menghasilkan 30 tan metrik kertas sehari dan 9,000 tan metrik kertas setahun.

Katanya, projek pembinaan kilang tersebut dijangka bermula Januari ini dan operasinya dijangka bermula pertengahan bulan yang sama.

''Lokasi dan tanah sudah ada iaitu di Padang Besar, Perlis. Malah, sekarang, kami dalam proses membina kilang tersebut.

''Sebagai permulaan, kami akan mengambil 20 kakitangan yang terdiri daripada rakyat tempatan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara FlexoResearch Malaysia dan FlexoResearch Thailand.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi FlexoResearch Malaysia, Syed Hazrain Jamalullail dan Ketua Pegawai Teknikal FlexoResearch Thailand, Paijit Sangchai.

FlexoResearch Malaysia dimiliki sebanyak 80 peratus kepentingannya oleh empat individu tempatan manakala 20 peratus lagi dimiliki oleh Songchai.

Tambah Tengku Ariez Hazaril, pihaknya menjangkakan pulangan hasil kira-kira RM8 juta hingga RM9 juta setahun melalui perniagaan tersebut.

Katanya, pendapatan hasil dijangka meningkat dari tahun ke tahun dan peningkatan aktiviti pengeluaran kertas yang dijalankan syarikat.

Sementara itu, Syed Hazrain menambah, pengeluaran kertas daripada kertas terpakai itu akan dieksport sepenuhnya ke Thailand.

Katanya, terdapat permintaan yang tinggi terhadap kertas di negara itu pada waktu ini.

''Kami dapati terdapat kekurangan bekalan kertas di Thailand yang memberi peluang cerah kepada syarikat untuk terus berkembang.

Buat masa ini, jelas Syed Hazrain, pihaknya tiada permintaan domestik berikutan terdapat syarikat lain yang melaksanakan proses penghasilan kertas terpakai di Kuantan, Pahang.

Ditanya mengenai perluasan perniagaan syarikat di negara ini, Kata Syed Hazrain, pihaknya mempunyai perancangan untuk membuka kilang di Lembah Kilang dan Johor dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, kos pelaburan sebuah kilang di Lembah Klang dan Johor dijangka sama seperti kos pelaburan di Padang Besar.

''Masalah kami sekarang adalah mendapatkan pembekal kertas terpakai yang boleh menyumbang kertas terpakai yang banyak dan konsisten bagi menepati permintaan kertas yang terdapat Thailand,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.