saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/10/2011

Masalah jenayah sosial warga Afrika meruncing

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Masalah jenayah dan sosial yang ditimbulkan warga Afrika di negara ini bukanlah sesuatu yang baru malah kini semakin meruncing yang memerlukan tindakan drastik kerajaan untuk mengatasinya.

Salah satu puncanya ialah warga Afrika berkenaan bebas berada di negara ini dengan helah belajar di kolej swasta. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebahagian besar warga Afrika khususnya yang terlibat dalam jenayah komersial dan narkotik yang ditahan adalah pelajar kolej swasta.

Statistik Imigresen pula menunjukkan seramai 29,000 pelajar warga Afrika berdaftar secara sah di kolej-kolej swasta di seluruh negara namun jumlahnya disyaki berlipat kali ganda jika mengambil kira mereka yang tinggal melebihi masa.

Bagaimanapun masalah kebanjiran warga Afrika yang melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pelajar manakala Jabatan Imigresen mengeluarkan pelekat pas pelajar, dilihat gagal dikawal.

Menurut sumber pegawai kanan PDRM, masalah yang ditimbulkan warga Afrika dilihat meruncing kerana mereka dikesan melakukan pelbagai jenayah berkaitan dadah dan komersial serta menimbulkan masalah sosial.

Lebih buruk katanya, apabila mereka secara berterusan berjaya memperdayakan warga tempatan sebagai mangsa seperti keldai dadah dan kambing hitam dalam jenayah lain.

“Jika dilihat semula dalam kes-kes sebelum ini, kebanyakan warga Afrika yang ditahan terdiri daripada pelajar kolej swasta dan ia dibuktikan melalui kad matrik yang ada bersama mereka.

“Mungkin kad matrik tersebut menjadi ‘lesen’ untuk mereka bergerak bebas dan berada di negara ini kerana jika tidak pergerakan akan terhad dan semakin berisiko apabila diperiksa pihak Jabatan Imigresen,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, berdasarkan laporan yang diterima oleh pelbagai jabatan di Bukit Aman, hampir setiap hari ada warga Afrika ditahan kerana terlibat dengan jenayah.

Menurutnya, berikutan itu, tindakan drastik perlu dilakukan oleh kerajaan sebelum masalah yang ditimbulkan warga Afrika menghantui penduduk tempatan.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah turut bimbang dengan trend kolej swasta yang memudahkan rakyat asing terutama dari benua Afrika mendapatkan pas pelajar tanpa diwajibkan menghadiri kelas kerana ia didapati telah meningkatkan masalah jenayah khususnya pengedaran dadah.

Beliau berkata, kebimbangan itu memang berasas apabila polis hampir setiap hari memberkas pengedar dadah terdiri daripada warga asing terutama dari Nigeria.

Malah, ujarnya, dalam hampir setiap minggu, polis dan Jabatan Imigresen ada merampas antara empat dan 12 kilogram dadah yang cuba diseludup melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

“Ini (masalah salah guna pas pelajar) adalah serius kerana ia boleh meningkatkan kejadian jenayah terutama pengedaran dadah, pelacuran dan penipuan,’’ jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.