saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 19/10/2011

BOTS: Maxis sasar lebih ramai pelanggan

PETALING JAYA 18 Okt. — Maxis Bhd. menjangkakan yang asas pelanggan untuk inisiatif perangkaian sosial Battle of the Sexes (BOTS)nya akan terus meningkat dan menyumbang secara signifikan kepada pendapatan data mudah alihnya, kata Naib Presiden Produk, Peranti dan Inovasi, T.Kugan.

Beliau berkata, BOTS, yang menawarkan pengguna peluang untuk berjumpa dan mengenali satu sama lain dalam ruang rangkaian sosial dengan terlibat dalam medan perbincangan hiburan yang mencerminkan perbezaan luaran dan jantina, akan menarik pengguna baharu setiap hari.

"Asas pengguna BOTS berjumlah sehingga 1.5 juta rakyat Malaysia setakat ini dan menyaksikan pertumbuhan 50 peratus bulan-atas-bulan sejak ia dilancarkan pada tahun 2009," kata beliau dalam taklimat media di sini hari ini.

Harga untuk kemasukan ke BOTS ialah RM2 setiap minggu. Alat perangkaian sosial ini dikuasakan oleh enjin yang direka oleh syarikat-syarikat tempatan - Techninier Sdn. Bhd. dan Maxis, dengan kandungan dan penyertaan oleh rakyat Malaysia.

Tahun ini sahaja, BOTS telah mendapat dua anugerah inovasi, dengan kedudukan dalam lima teratas, kata Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal van Overbeke.

Jean-Pascal berkata, syarikat akan terus bekerjasama dengan peserta kandungan tempatan untuk membantu merancakkan pertumbuhan industri kandungan mudah alih tempatan.

Setakat ini, 461 idea baharu telah dijana. Daripada jumlah itu, 20 idea dalam proses pengkomersilan, kata beliau. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.