saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/10/2011

KUD 2011 catat aliran tunai RM1.44j

PUTRAJAYA 19 Okt. - Pencapaian Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD 2011) yang berlangsung bulan lalu menunjukkan potensi memberangsangkan apabila mencatatkan aliran jualan tunai sebanyak RM1.44 juta melebihi sasaran awal RM1 juta.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, KUD 2011 yang berjaya mengumpul 490 usahawan itu juga mencatatkan pertambahan tempahan perniagaan iaitu sebanyak RM3.59 juta dan 1,215 transaksi padanan perniagaan.

Menurutnya, jualan tertinggi berjumlah RM27,000 iaitu daripada syarikat MY Batik Beranang yang membekalkan batik dalam tempoh lima hari karnival.

"Karnival yang berlangsung di Laman 1Malaysia Presint 2, Putrajaya itu bukan sahaja menampilkan produk keluaran usahawan temapatan tetapi juga membantu mereka mencari pasaran baharu hingga ke peringkat global.

"Pengusaha yang dipilih terdiri daripada usahawan bimbingan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan mereka mempamer dan menjual empat kategori utama produk iaitu makanan, kraf tangan, herba dan perkhidmatan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada jawatankuasa KUD 2011 kementeriannya di sini hari ini.

Karnival lima hari yang berlangsung di Laman 1Malaysia Presint 2 itu bukan sahaja menjadi pentas kepada usahawan menampilkan produk keluaran mereka tetapi juga sebagai platform mencari pasaran baharu hingga ke peringkat global.

Menurut Mohd. Shafie, pihaknya yakin KUD yang dianjurkan pada masa akan datang mampu menyemarakkan semangat usahawan terutama mereka yang berada di luar bandar untuk meningkatkan daya saing, produktiviti dan kualiti pengeluaran sekali gus meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.

Sementara itu, kata beliau, bagi menyemarakkan lagi KUD akan datang, beberapa penambahbaikan akan dilakukan terutama mengenai jumlah bilangan gerai pameran.

"Jumlah gerai terlalu banyak dan perlu dikaji semula untuk mengurangkan persaingan antara usahawan yang terlibat. Lokasi penganjuran juga akan diubah ke tempat yang lebih strategik sekali gus memberi impak besar kepada usahawan khususnya dari segi jualan, tempahan dan jaringan perniagaan.

"Kualiti kemudahan asas yang disediakan seperti surau, tandas dan bekalan air juga akan ditingkatkan demi keselesaan pengunjung selain memantapkan aktiviti hebahan dan promosi khususnya program pemadanan perniagaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.