saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 24/10/2011

Undian awam tentukan juara kapal angkasa

PERTANDINGAN Reka Bentuk Kapal Angkasa Suborbital Kebangsaan 2011 akan memasuki fasa baru bagi permilihan akhir pertandingan.

Sistem permarkahan akan dinilai melalui lima kriteria iaitu keaslian reka bentuk; pemahaman teknikal dan praktikal; kemudahan pembangunan; penjimatan operasi dan inovasi keseluruhan.

Barisan juri pemilihan fasa pertama terdiri daripada Presiden dan Pengasas Space Tourism Society (STS), John Spencer, Timbalan Presiden dan Jurutera Aeroangkasa Bristol Spaceplane, Tony Materna dan Ahli Eksekutif STS, Eliza Lewin.

Juri pemilihan fasa kedua pula terdiri daripada Presiden International Association for the Advancement of Space Safety (IAASS) dan Ketua Keselamatan Bebas European Space Agency (ESA), Tomasso Sgobba, Pengerusi Teknikal Keselamatan Angkasa (IAASS) dan CEO SMS Saturn (Konsultan kepada keselamatan angkasa Virgin Galactic), Andy Quinn dan Presiden STSMC dan Ketua Keselamatan Lapangan Terbang Angkasa (IAASS) , Norul Ridzuan Zakaria.

Pemilihan fasa ketiga akan ditentukan oleh Juri awam yang akan menyumbang sebanyak 25 peratus daripada jumlah keseluruhan pemarkahan.

Fasa akhir permarkahan pula akan dinilai melalui penghasilan model berskala oleh pihak sekolah yang terdiri daripada Pakar Ekonomi Angkasa University of Azabu, Prof Patrick Collin, Swiss Propulsion Laboratory, Andrian Matteur, Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutetaan Aeroangkasa, Dr Roshdi Hassan dan wakil Utusan Malaysia.

Pertandingan ini dianjurkan oleh STS Malaysia Chapter (STS-MC) dengan kerjasama Utusan Malaysia, Yayasan Salam Malaysia dan Topaz 7 Sdn Bhd serta disokong oleh Kementerian Pelajaran.

Penganjur akan menerbitkan program khas berkisarkan pertandingan sebanyak 13 episod untuk siaran televisyen tempatan.

Undian boleh dilakukan melalui laman sosial Facebook di alamat www.facebook.com/ NS2DC mulai 1 November 2011.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.