saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/10/2011

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-8 mulai Jumaat ini

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-8 akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini yang bertemakan Menjana Transformasi dan Persuratan Melayu Menjelang Negara Maju.

Kongres itu merupakan anjuran bersama Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi kongres, Prof. Datuk Dr. Abd. Latif Abu Bakar berkata, kongres yang akan berlangsung di DBP ini sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2011 yang diadakan setiap bulan Oktober.

“Tujuan utama kongres ini adalah untuk menilai semula pencapaian bahasa Melayu dalam semua bidang selain usaha menyemarakkan bahasa ibunda di kalangan rakyat.

“Kongres ini akan mengetengahkan banyak isu yang berkaitan dengan bahasa ibunda seperti pelaksanaan bahasa Melayu dalam pengiklanan, papan tanda perumahan, perbankan serta perkhidmatan awam,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan kongres ini dan majlis penutupan akan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Jelasnya, kongres itu juga bertindak sebagai usaha menghalang tindakan segelintir pihak yang sering menggagalkan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Katanya, pihaknya menyasarkan seramai 500 penyertaan akan menghadiri kongres tersebut dan mereka yang berminat boleh menghubungi Gapena menerusi 03-21442412 atau [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.