saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 25/10/2011

Zamzarina pembekal kebaya kanak-kanak


ZAMZARINA Zakaria menunjukkan tiga kebaya kanak-kanak rekaan Zarina Ayu Collections yang boleh diperoleh melalui Internet atau premisnya di Taman Teratai, Skudai, dekat Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 24 Okt. - Bermula dengan berkongsi kecantikan baju kebaya milik anak-anak di blog dan laman Facebook sebelum cuba menjualnya, seorang bekas penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak menyangka cara itu kini menjadikannya antara pengeluar dan pembekal baju kebaya kanak-kanak utama.

Zamzarina Zakaria, 30, berkata, ia bermula tiga tahun lalu dengan memuat turun gambar baju kebaya dua anak perempuannya yang direka sendiri dan mendapat maklum balas yang luar biasa daripada kedua-dua laman Internet itu.

Menurutnya, rakan-rakan dan saudara mara merupakan pelanggan awal sebelum perniagaan dalam talian itu berkembang pantas dengan mempunyai pelanggan tetap hingga membawa kepada penubuhan Zarina Ayu Collections.

"Sambutan positif ini adalah kerana baju kebaya kanak-kanak saya mempunyai keunikan dan keistimewaan sendiri yang tidak terdapat di mana-mana kedai.

"Pada awalnya rekaan itu dibuat kerana gemar melihat anak-anak memakai baju kebaya dan mereka juga masuk pertandingan kebaya peringkat kanak-kanak serta pernah memenanginya," katanya selepas majlis perasmian Zarina Ayu Collections di Taman Teratai, Skudai, dekat sini, baru-baru ini.

Buat permulaan, beliau mengeluarkan modal RM5,000 untuk memulakan perniagaan di Internet dan apabila permintaan semakin tinggi, premis miliknya dibuka dengan kos pembinaan RM40,000 untuk mengembangkan perniagaan tersebut.

Beliau berkata, Zarina Ayu Collections mempunyai lima rekaan khas untuk kebaya kanak-kanak dan dua rekaan jubah kanak-kanak yang mana kain untuk kebaya dan jubah diimport dari Indonesia dan Korea serta pembekal tempatan.

"Rekaan ini khusus untuk kanak-kanak berumur antara satu hingga 12 tahun. Bagi rekaan kebaya dan jubah untuk remaja serta dewasa hanya direka semasa musim perayaan atau berdasarkan kepada tempahan," katanya.

Zamzarina yang mendapat sokongan padu suaminya, Khairuddin Muhammad, 31, kini mempunyai pengedar dan pelanggan tetap dari Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan serta berhasrat mengembang perniagaannya ke seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:20
Asar 4:21
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.