saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 26/10/2011

KL Metropolis jana ekonomi

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembangunan 'KL Metropolis' yang dijangka siap pada 2025 dapat memenuhi hasrat kerajaan menjayakan projek Greater Kuala Lumpur-Klang Valley bagi menjadikan ibu kota sebagai sebuah kawasan mampan diduduki bertaraf antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, projek RM15 bilion yang turut menempatkan pusat perniagaan dan pameran antarabangsa itu mampu menarik pelabur luar serta tempatan pelbagai sektor seterusnya membawa manfaat kepada negara.

Justeru, beliau mahukan pemaju, Naza TTDI memastikan KL Metropolis berperanan penting dalam memenuhi aspirasi kerajaan menjayakan Greater KL-KV sebagai pusat penjanaan ekonomi, seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik minat ramai pekerja mahir.

"Dengan lokasi yang cukup strategik, ia pasti akan menempatkan KL Metropolis sebagai lanjutan kepada pusat bandar Kuala Lumpur.

"Menggabungkan unsur-unsur pembangunan pintar, bangunan hijau dan reka bentuk mampan, saya berharap pembangunan KL Metropolis akan mengorak langkah bagi projek pembangunan lain di Malaysia teladani," katanya dalam ucapan pelancaran KL Metropolis di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

KL Metropolis akan dibangunkan dalam tiga fasa di dengan keluasan 30.5 hektar, meliputi 5.3 hektar untuk pembinaan kompleks Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Martrade) yang baru.

Pelan induk pusat itu direka oleh sekumpulan pereka Naza TTDI yang bekerjasama dengan firma arkitek antarabangsa terkemuka, 'Skidmore, Owings and Merrill' yang terkenal dengan pembangunan Burj Al-Khalifa di Dubai dan Canary Wharf di london.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.