saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/10/2011

Kisah hubungan Indonesia-Malaysia ditayang 2012

KUALA LUMPUR 26 Okt. - Sebuah program televisyen mengenai hubungan Malaysia-Indonesia melalui kerjasama Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Dewan Pimpinan Pusat Pemuda Muhammadiyah Indonesia bakal diterbitkan Januari tahun depan.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, program bertajuk Antara Dua Garisan itu akan memaparkan sesi temu bual bersama 12 pemimpin pelbagai peringkat yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara.

"Pemimpin-pemimpin ini akan menceritakan kisah dan sejarah hubungan antara Malaysia-Indonesia dalam usaha mencari nilai persamaan yang dikatakan serumpun itu.

"Program ini juga turut memaparkan dokumentari mengenai hubungan kerjasama yang pernah dan sedang berlaku antara kedua-dua negara untuk dijadikan panduan dan teladan kepada rakyat negara masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara JMM dan Dewan Pimpinan Pusat Pemuda Muhammadiyah di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, JMM diwakili Azwanddin, manakala Dewan Pimpinan Pusat Pemuda Muhammadiyah oleh ketuanya, Dr. Salleh P. Daulay dan disaksikan Pengerusi Sekretariat Serantau, Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim.

Menurut Azwanddin, penggambaran temu bual yang dilakukan dengan pemimpin Malaysia termasuk menteri, anggota Parlimen dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah selesai bulan lepas, manakala dengan 12 pemimpin Indonesia akan diadakan bulan depan.

Sementara itu, Salleh ketika ditemui berkata, program tersebut akan memberi keyakinan dan pemahaman kepada rakyat Indonesia bahawa tidak pernah timbul masalah atau pertelagahan besar yang mampu mengganggu-gugat silaturahim antara dua negara.

"Saya juga melihat program ini sebagai permulaan yang harus diikuti oleh NGO-NGO lain di Malaysia dan Indonesia sebagai usaha membina hubungan yang lebih erat serta memupuk kesejahteraan serantau di masa hadapan," ujarnya.

"MoU yang ditandatangani hari ini juga membuktikan komitmen tinggi JMM dan Dewan Pemimpin Pusat Pemuda Muhammadiyah dalam membina haluan yang kukuh agar tokoh-tokoh muda pada masa hadapan dapat menerima kesinambungan yang ditinggalkan pemimpin terdahulu," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.