saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 28/10/2011

Tanah Kubur musim kedua lebih sarat

MELALUI pendekatan yang cukup berbeza, drama bersiri Tanah Kubur kini kembali untuk musim kedua.

Kejayaan drama ini memperoleh rating tertinggi di saluran Astro Oasis memberi peluang kepada pengarahnya, Rashid Sibir meneruskan drama bersiri ini untuk musim kedua.

Bersiaran selama 13 episod, Tanah Kubur musim kedua masih lagi mengekalkan elemen drama yang sarat dengan mesej balasan ketika ajal.

Wakil Astro Oasis, Azlin Reza Azmi memberitahu, maklum balas yang memberangsangkan daripada penonton memberi peluang kepada mereka untuk sekali lagi berkerjasama dengan Rashid Sibir.

"Astro Oasis sentiasa komited untuk menerbitkan program berunsur keislaman dan melalui ini Astro Oasis berusaha menyuntik elemen dakwah menerusi drama bersiri yang sarat dengan pengajaran," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran drama Tanah Kubur musim kedua di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Azlin, pihaknya juga sangat berbesar hati dengan sokongan yang diberikan penonton terhadap drama bersiri Tanah Kubur pada musim pertama lalu.

"Maklum balas yang baik daripada penonton menjadi petunjuk jelas kepada kami untuk meneruskan usaha di dalam menjadi perintis kepada program berbentuk dakwah.

"Untuk musim kedua ini kami juga menjanjikan sesuatu yang berbeza terutamanya bagi meningkatkan penghayatan penonton kepada mesej yang ingin di sampaikan," katanya.

Sementara itu , Rashid Sibir berharap agar Tanah Kubur musim kedua ini juga akan terus menerima sambutan yang memberangsangkan.

"Berdurasi selama 30 minit setiap episod, sebenarnya adalah jangka waktu yang sangat pendek untuk saya memaparkan lebih banyak elemen kemanusiaan dalam drama bersiri ini.

"Jika diberi peluang sekali lagi untuk menerbitkan Tanah Kubur untuk musim ketiga saya harap pihak Astro akan memperuntukkan 60 minit untuk setiap episod," katanya

Masih mengekalkan Nasir Bilal Khan sebagai watak utama, Rashid mengakui bahawa pemilihan pelakon merupakan rahsia utama kepada kejayaan sesebuah drama miliknya

"Saya memilih pelakon dari kalangan kawan-kawan saya, kerana saya tahu kemampuan mereka.

"Bagaimanapun untuk drama bersiri Tanah Kubur kali ini saya mula berani untuk menampilkan beberapa pelakon baru," jelasnya.

Bagi pelakon utama Tanah Kubur Nasir Bilal Khan, sebab utama mengapa dia bersetuju untuk berkerjasama dengan Rashid kerana jalan cerita drama bersiri ini yang penuh pengajaran.

"Ini merupakan cebisan kisah manusia yang saya mahu penonton di luar sana mendapat mesej yang berguna sebagai panduan mereka.

"Selain itu juga berada di bawah pengarahan Rashid yang juga rakan saya memudahkan saya untuk berkerjasama dengannya," katanya.

Turut diadakan pada majlis itu adalah bacaan tahlil buat Allahyarham Zami Ismail yang pernah membintangi musim pertama drama bersiri itu.

Hadir sama di majlis itu anak Allahyarham, Opie Zami dan Ahmad Yamashita Zami.

Di majlis tersebut, turut dipaparkan beberapa babak terakhir lakonan Allahyarham Pak Zami.

Sementara itu, episod pertama Tanah Kubur musim kedua akan menemui penonton di Astro Oasis saluran 106 pada 4 November ini, pukul 7.30 malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.