saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 28/10/2011

SMK Dato' Ahmad Maher terima anugerah

KOTA BHARU 27 Okt. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Ahmad Maher terpilih antara lima finalis yang akan menerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan di Sarawak awal November hadapan.

Tiga pelajar sekolah itu turut terpilih menyertai dua kategori anugerah berkenaan iaitu Kategori Pelajar Cemerlang Lelaki yang diwakili oleh Ahmad Safwan Mohd Salleh, 17, yang terlibat dalam taekwando dengan memiliki tali pinggang hitam kelas pertama.

Di samping itu, pelajar tersebut juga memperoleh 7A dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Bagi Kategori Badan Beruniform pula, dua pelajar iaitu Nurul Farhana Mohd. Zukri dan Mohd. Faisal Abdul Rahman yang kedua-duanya berusia 17 tahun, pernah menyertai perkhemahan Persatuan Bulan Sabit Merah peringkat antarabangsa terpilih mewakili sekolah.

Pengetuanya, Che Ragayah Mohamad berkata, penyertaan ke peringkat akhir itu adalah yang pertama kali tahun ini memihak kepada pelajar dari SMK Dato' Ahmad Maher bagi menerima anugerah peringkat kebangsaan itu.

Katanya, sebelum pemilihan tersebut dilakukan, penilaian bagi menerima anugerah berkenaan telah pun dilakukan oleh pihak kementerian berdasarkan pelbagai pencapaian oleh pelajar di sekolah tersebut.

"Pemilihan bagi dua kategori itu juga merupakan satu penghormatan kepada sekolah yang tidak pernah jemu melahirkan pelajar yang bukan berjaya dalam bidang akademik tetapi juga melakar kejayaan dalam bidang kokurikulum,'' katanya.

Katanya, pemilihan itu diperoleh berikutan terdapatnya kerjasama semua pihak termasuk pelajar, guru dan warga sekolah yang komited melakukan tugasan yang diamanahkan sebaik mungkin terbaik dalam bidang masing -masing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.