saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/10/2011

Ahli sufi inspirasi lagu Pekin

PEKIN Ibrahim bukan setakat dikenali sebagai pelakon drama malah dia yang akan muncul dalam filem terbaru berjudul Bunohan juga seorang penyanyi berbakat.

Selain menyanyi, Pekin atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim, merupakan penyanyi kumpulan Seven Words yang pernah muncul dengan album pertama berjudul TraGD Realiti pada tahun 2002.

Selepas sembilan tahun album terbitan Life Records itu diterbitkan, kumpulan itu jelas Pekin akan kembali lagi dengan album single mengandungi lima lagu terbarunya yang bertemakan ketuhanan.

Menurut penyanyi dan pelakon berusia 30 tahun itu, dia mendapat inspirasi daripada puisi-puisi ramai ahli sufi terkenal termasuklah Syeikh Abdul Qader Jailani dan Jalaluddin Rumi dalam menghasilkan lirik-lirik lagu kumpulannya itu.

“Antara puisi karya Jalaluddin Rumi yang saya jadikan rujukan dalam menghasilkan lirik lagu dalam kumpulan Seven Words bertajuk Sufi Yang Sejati. Banyak ayat-ayat dalam puisi mereka membawa maksud yang amat luas.

“Sebagai contohnya, antara ayat-ayat Sheikh Abdul Qader Jailani berbunyi - ‘Sesungguhnya bumi ini tempat mencari hidup tetapi aku lihat ramai yang mencari mati’. Saya amat suka dengan ayat-ayat begini yang indah bahasanya,” ujarnya.

Pekin yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan berasa puas kerana selain berlakon dia juga dapat mencurahkan ideanya menerusi Seven Words yang ditubuhkannya pada 2000 sekali gus mengembangkan lagi bakat seninya.

Bakatnya menulis lirik dan menyanyi itu dicurahkan menerusi lima lagu terbaru Seven Words yang berjudul Perjalananku Ke Langit, Nafasmu, Bintang Satu, Suaramu dan Hello Kawan yang akan mereka terbitkan tidak lama lagi.

“Lima lagu berkonsepkan muzik pop dan world music itu akan kami terbitkan melalui syarikat rakaman kami sendiri iaitu Swords Machine Records di mana ia akan diedarkan di pasaran pada hujung tahun ini.

“Kini kami sedang mempromosikan tentang Seven Words di laman sosial di Internet melalui sevenwords.com yang mempunyai 100,000 pengikut setia kami. Kami anggap ini salah satu cara kami berdakwah dalam lagu,” katanya.

Dia yang baru sahaja tamat menjalani penggambaran filem berjudul Rentas arahan Mamat Khalid menggunakan pendekatan muzik yang moden bagi menarik para pendengar menghayati lirik-lirik ketuhanan ciptaannya.

Dengan mengamati banyak puisi ciptaan golongan ahli sufi dan ulamak seperti Sheikh Abdul Qader Jailani itu, ditambah dengan konsep muzik moden seperti new wave dan rock bagi menarik perhatian terutamanya pendengar golongan muda.

“Biasanya saya menulis sebuah lirik dalam masa tiga hari. Saya suka menggunakan pendekatan antara alam sekitar, pandangan peribadi saya dan ia digabungkan dalam irama lagu yang lebih global sifatnya seperti dalam lagu Nafasmu.

“Semua itu saya curahkan dari hati saya kerana ini juga salah satu cara saya mencari kepuasan selain daripada berlakon. Bagi saya berlakon dan menyanyi atau menulis lirik sama penting kerana ia memuaskan hati saya,” jelasnya lagi.

Selain Pekin Seven Words yang turut dianggotai oleh Sir Abe Watanabe (penyanyi), Man Tarbek (dram), JD (bass), Dan (gitar) dan Along (keyboards) itu kini sedia menerima tawaran mengadakan persembahan di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.