saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 29/10/2011

Legundi Residensi fasa dua dilancar


LAKARAN artis Legundi Residensi yang akan dibangunkan Bandar Seri Putra, Bangi pada November ini.


KUALA LUMPUR 28 Okt. - United Malayan Land Bhd. (UMLand) akan melancarkan 71 buah rumah baharu bertempat di bandar bersepadu Bandar Seri Putra, Bangi bermula November ini.

Projek yang dikenali sebagai Legundi Residensi fasa dua itu dijangka siap pada 2013 dan mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM58 juta.

Kedudukan Legundi Residensi sangat strategik dan sesuai untuk golongan berkeluarga kerana berdekatan dengan kemudahan seperti sekolah agama, sekolah rendah dan sekolah menengah serta balai polis.

Legundi Residensi hanya terletak 37 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, 12 km ke Bandar Baru Bangi, 30 km ke Putrajaya dan 35 km ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kediaman baharu tersebut ditawarkan dengan tiga saiz berbeza iaitu rumah kluster dua tingkat berkeluasan 2,659 kaki persegi, semi-D dua tingkat berkeluasan 3,020 kaki persegi dan banglo dua tingkat pula 3,506 kaki persegi.

Legundi Residensi menawarkan kehidupan gaya moden dan dalam masa yang sama memberi persekitaran yang tenang kepada penghuninya.

Harga jualan Legundi Residensi bermula dari RM708,000 bagi rumah kluster dua tingkat manakala semi-D dua tingkat dan banglo dua tingkat masing-masing bermula dari RM888,000 dan RM1,385,000.

Mereka yang berminat untuk memiliki Legundi Residensi boleh melayari laman sesawang www.umland.com.my atau menghubungai talian 03-89271611 untuk keterangan lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.