saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 29/10/2011

Adrian Ang, Zandra Aziela ungguli terbuka Kuala Lumpur

29/10/2011 8:05pm

KUALA LUMPUR 29 Okt. – Atlet kebangsaan Adrian Ang dan Zandra Aziela Ibrahim Hakimi muncul juara kategori lelaki dan wanita terbuka Kejohanan Boling Terbuka Kuala Lumpur Antarabangsa 2011 di Kuala Lumpur Megalanes dekat sini, hari ini.

Pengalaman bermain pada peringkat antarabangsa nyata memberi kelebihan pada Adrian yang mendominasi permainan dengan 203 jatuhan pin, berbanding pencabarnya Isaac Russell dari Sarawak yang hanya melakukan 177 jatuhan dalam pusingan akhir ”stepladder” lelaki.

"Kemenangan ini meningkatkan keyakinan saya untuk ke Sukan SEA bulan depan,” kata pemenang emas Sukan Asia 2010 itu.

Sementara itu, Zandra Aziela mempamerkan permainan konsisten pada pusingan akhir ”stepladder” wanita apabila mencipta lima strike bagi menghasilkan 215 jatuhan pin, sekali gus mengatasi rakan sepasukan Esther Cheah yang terpaksa berpuas hati di kedudukan naib johan dengan 168 mata.

"Saya menganggap kejohanan ini seperti sesi latihan untuk ke Sukan SEA apatah lagi bermain dengan rakan sepasukan Esther, jadi tiada tekanan.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi saya hari ini dan sasaran selepas ini ialah satu emas di Sukan SEA,” kata juara Terbuka Malaysia tahun ini. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.