saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/10/2011

Cukup-cukuplah rock kapak - Aweera


Imej sekarang banyak dipengaruhi oleh teman senior.


MASIH terngiang-ngiang vokal hebatnya melantunkan lagu She’s Gone nyanyian asal kumpulan Steelheart.

Tapi itu cerita lama. Cerita ketika dia sedang mencipta nama menerusi platform program realiti One In a Million (OIAM) musim ketiga sekitar dua tahun 2009.

Tentu sekali anda masih ingat akan jejaka bernama Nasharul Aweera Norhissham, 20, atau lebih selesa dipanggil Aweera ini.

Anak kelahiran Kangar, Perlis ini cukup terkenal di kalangan peminat kerana memiliki vokal bernada tinggi.

Malah, kebanyakan lagu yang dibawanya juga tak pernah lari jauh dari genre rock 80-an atau rock kapak kata orang.

Mungkin merasakan itu sahaja lagu yang sesuai dengan jiwanya, Aweera kemudiannya kekal dengan imej begitu.

Bagaimanapun, selepas dua tahun berlalu, Aweera keluar dari persembunyiannya dengan membawa prinsip baru.

Menjelaskan bahawa diamnya selama ini bukan kerana merajuk, kata penyanyi ini, dia sebenarnya masih mencintai dunia muzik.

Namun katanya, untuk membuat kemunculan semula bersandarkan genre yang sama, itu bukanlah satu idea yang bernas.

“Selama ini, saya dikenali dengan imej rock sebab itulah imej yang dicipta untuk saya sejak saya berada dalam program realiti OIAM.

“Memang rock sentiasa dalam jiwa saya, itu bukan satu pembohongan. Tapi tak akanlah saya nak kekal dengan imej rock kapak sampai ke sudah.

“Jadi saya nak ubah persepsi orang. Saya dah tak nak dilabel sebagai penyanyi rock ketinggalan zaman, cukup-cukuplah,” katanya.

Menurut Aweera, pendiriannya itu kemudiannya dizahirkan menerusi single terbarunya yang berjudul Bintang.

“Walaupun saya kata tak mahu bawa muzik genre rock kapak, tapi itu bukan bererti saya sudah mengkhianati jiwa saya untuk tidak membawakan lagu-lagu rock.

“Jangan salah faham pula. Menerusi single Bintang, genrenya masih rock, cuma ia lebih kepada eksperimen rock moden.

“Saya gubahnya sendiri dan sesuaikan dengan perkembangan zaman,” terangnya lagi.

Sementara itu, kongsi Aweera, dia juga teruja kerana Bintang juga akan menjalani proses pembikinan klip video dan akan menemui peminat dalam masa terdekat.

Enggan terkongkong

Dalam pada itu, mengulas mengenai status dirinya yang tidak berada di bawah mana-mana pengurusan artis, jelas Aweera, dia lebih selesa menggerakkan kariernya secara sendiri.

Ini kerana kata jejaka ini, dia tidak mahu terkongkong dengan mana-mana label syarikat melainkan syarikat Bandit ART Network yang dikendalikannya bersama seorang sahabat sejak empat tahun lalu.

“Sebagai artis baru, saya faham akan ada naik turunnya sepanjang perjalanan karier seni saya. Banyak susah daripada senang.

“Malah, saya akui, selepas keluar daripada program OIAM, saya pernah dilamar oleh beberapa syarikat rakaman dan pengurusan namun saya tolak.

“Alasannya, saya tak mahu terikat dengan sesiapa dan lebih senang bergerak sendiri di bawah Bandit ART Network.

“Saya percaya, bila segala perkara diuruskan sendiri, ia secara tak langsung memberikan pengalaman yang matang untuk saya,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.