saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/10/2011

Wanita digalak ambil vaksin HPV bagi kurangkan risiko barah pangkal rahim

KOTA BHARU 30 Okt. - Golongan wanita yang berkemampuan tidak seharusnya melengahkan pengambilan suntikan pelalian vaksin 'human papillamavirus' (HPV) di hospital swasta sekalipun terpaksa mengeluarkan belanja agak tinggi.

Ketua Jabatan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Harmy Mohd. Yusof berkata, wanita berumur 45 tahun ke bawah sama ada yang sudah atau belum berkahwin seharusnya berusaha mendapatkan pelalian HPV.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengurangkan risiko mendapat barah pangkal rahim yang merupakan barah kedua tertinggi di kalangan wanita negara ini.

Dr. Harmy berkata, suntikan pelalian HPV buat masa ini hanya disediakan secara percuma di sekolah dan klinik kerajaan untuk remaja perempuan berusia 13 tahun sebagai langkah utama mencegah penularan barah tersebut.

Beliau berkata, wanita pada peringkat umur lain boleh mendapatkan imunisasi sebanyak tiga dos di hospital swasta dengan kos antara RM600 sehingga lebih RM1,000 bergantung kepada jenis ubat.

"Pengambilan vaksin HPV akan membolehkan badan menghasilkan antibodi yang dapat mempertahankan wanita daripada virus tersebut yang mungkin diperoleh melalui hubungan seksual.

"Kita tidak akan tahu jika seseorang lelaki itu merupakan pembawa HPV kerana virus ini tidak ada tanda-tanda luaran yang boleh dikenal pasti, sebab itu seorang wanita meskipun yang belum berkahwin ataupun tidak pernah aktif secara seksual perlu mendapatkan suntikan ini.

"Virus HPV tidak memberi kesan kepada lelaki tetapi jika menjangkiti wanita akan mencetuskan perubahan pada sel dan akhirnya mengakibatkan barah pangkal rahim," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, walaupun imunisasi tersebut adalah salah satu cara mengurangkan risiko barah, tetapi seseorang individu mestilah menjalani gaya hidup sihat seperti tidak merokok, pemakanan seimbang dan setia kepada pasangan masing-masing.

Katanya, wanita yang sudah berkahwin tetap perlu melakukan ujian 'pap smear' secara berkala di hospital iaitu proses penyaringan bagi mengesan perubahan sel-sel pangkal rahim.

"Pemberian imunisasi ini bukan bermakna kita menggalakkan hubungan seks bebas terutama kalangan generasi muda tetapi ia cara kita mengurangkan risiko barah, seorang perempuan tidak akan tahu keadaan kesihatan bakal suaminya dengan tepat dan dia memerlukan perlindungan sewajarnya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.