saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 31/10/2011

1,200 premis Menu Rakyat 1Malaysia hujung tahun ini, sasaran dicapai awal

BERA 30 Okt. - Sasaran kerajaan untuk mewujudkan 1,000 premis yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia menjelang penghujung tahun ini telah dicapai lebih awal berikutan sambutan yang diberikan oleh pengusaha.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga bulan ini sahaja, sebanyak 1,050 kedai dan restoran di seluruh negara terlibat dalam program ini.

Katanya, berikutan sambutan yang cukup menggalakkan itu, dijangkakan jumlah premis yang menyediakan Menu Rakyat 1Malaysia mampu bertambah sehingga 1,200 buah menjelang akhir tahun ini.

''Kita bukan sahaja berjaya melepasi sasaran tersebut malah sambutan yang diberi para peniaga di negara ini begitu menggalakkan.

''Sememangnya saya amat berpuas hati dengan sokongan yang diberikan para peniaga dalam usaha kerajaan mengurangkan beban rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia selepas melancarkan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Rentam di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bera menyampaikan sumbangan kepada 11 orang yang terdiri daripada warga emas, pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU) dalam program ziarah di Felda Purun di sini.

Menu Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan Julai lalu membolehkan rakyat menikmati sarapan pada harga siling RM2 dan set juadah tengah hari pada harga RM4 di kedai makan dan restoran yang mengambil bahagian.

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri berkata, sebanyak 67 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diwujudkan sehingga semalam.

"Daripada jumlah tersebut, 32 adalah kedai yang mengikuti Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dan masing-masing satu di stesen minyak dan koperasi di Universiti Malaya (UM).

"Selebihnya adalah kedai runcit biasa yang menempatkan barangan jenama 1Malaysia," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya menyarankan kedai runcit di negara ini menjual produk 1Malaysia bagi mengelak berlakunya persaingan yang dikatakan sebagai ancaman buat mereka.

"Seharusnya mereka tidak perlu bersaing tetapi wujudkan rak baru di kedai mereka dengan menjual produk 1Malaysia.

"Kempen KR1M bukan untuk membunuh perniagaan mereka tetapi mahu menggalakkan mereka menjual produk yang jauh lebih murah demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.