saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 31/10/2011

7,508 tempat latih GSTT dirancang disediakan mulai 2012

31/10/2011 2:17pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. Kementerian Pelajaran merancang untuk menyediakan 7,508 tempat bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk dilatih di bawah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah-Sekolah Rendah, Kursus Perguruan Lepasan SPM dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah mulai Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong berkata, sehingga 18 Ogos tahun ini seramai 7,920 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan daripada jumlah itu, seramai 1,143 orang sedang mengikuti kursus dalam cuti.

"Manakala 862 yang ditawarkan tidak melapor diri untuk bertugas dan semua lantikan memenuhi syarat asas kementerian, katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi negeri Sabah sehingga 30 September tahun ini seramai 516 orang telah dilantik semula sebagai GSTT dan selebihnya akan ditawarkan terus mengikuti latihan di institut pendidikan guru (IPG) mulai Januari tahun depan.

Katanya, seramai 1,258 orang GSTT kini mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah mod Kursus Dalam Cuti dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia mod Kursus Dalam Cuti di IPG seluruh negara. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.