saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/11/2011

Sri Rahayu ungguli Hadiah Sastera enam tahun berturut-turut


Sri Rahayu Mohd. Yusop (tengah) bersama Hazwani Rameli dan Muhammad Syukri Rosli pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU 2010), di Kuala Lumpur, malam tadi.


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Sri Rahayu Mohd. Yusop terus mengungguli kategori novel remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil 2010 (HSKU) bagi tahun keenam berturut-turut apabila karyanya Bima Sakti Menari diumumkan sebagai pemenang tempat pertama.

Sebagai pemenang, Sri Rahayu membawa pulang wang tunai berjumlah RM7,000 dan hadiah iringan.

Penulis muda, Hazwani Rameli atau lebih dikenali dengan nama penanya Rebecca Ilham memenangi tempat kedua menerusi novelnya, Bumi Citra Lestari dan membawa pulang wang tunai RM4,500 dan hadiah iringan.

Tempat ketiga yang menawarkan hadiah RM3,000 dimenangi novel Esemes karya Muhammad Syukri Rosli yang juga dikenali Muhammad Teja.

Sri Rahayu yang ditemui selepas diumumkan pada majlis penyampaian hadiah sebagai pemenang jelas tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

"Saya amat bersyukur dan gembira kerana usaha saya selama ini tidak sia-sia.

"Saya memang meminati penulisan novel dan telah menanam cita-cita menjadi penulis novel sejak kecil," katanya ketika ditemui selepas penyampaian HSKU di sini, malam ini.

Ditanya mengenai rahsia kejayaannya diangkat sebanyak enam kali sebagai pemenang kategori novel remaja HSKU, Sri Rahayu berkata, beliau banyak membaca.

"Untuk menjadi penulis novel, kita perlu banyak pengetahuan dan untuk mendapatkan pengetahuan ialah membaca.

"Bahan bacaan juga perlulah meluas dan bukan spesifik kepada bidang yang dikuasai,'' jelasnya.

HSKU kali ini merupakan kali ke-26 dianjurkan sejak kali pertama diperkenal pada 1985 dan ia juga merupakan antara acara sempena program Sastera Utusan 2011 yang turut memuatkan Malam Puisi Utusan 2011 pada 5 Oktober lalu.

Selain ExxonMobil yang menjadi penaja utama program ini sejak sembilan tahun lalu, Astro juga merupakan rakan media program ini sejak dua tahun lepas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.