saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 01/11/2011

Sari Ratu Indonesia buka cawangan ke-7


SURYANA Sastradiredja (dua dari kanan) berjabat tangan dengan Ismail Omar pada majlis perasmian cawangan ketujuh Restoran Sari Ratu Indonesia di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 31 Okt. - Restoran Sari Ratu Indonesia yang terkenal dengan sajian nasi Padang kini berjaya membuka cawangan ke-7 bagi negara ini di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini baru-baru ini.

Restoran yang terletak di bangunan Houz Depot berhadapan dengan Kompleks Pertama itu disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Kaunselor Kedutaan Besar Indonesia ke Malaysia, Suryana Sastradiredja.

Dalam ucapannya beliau menyifatkan bahawa sambutan baik daripada masyarakat setempat kepada Restoran Sari Ratu sehingga berjaya menambah cawangan perniagaan ke-7 itu membuktikan masyarakat serumpun di rantau ini mempunyai cita rasa yang sama.

Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menjadi tetamu khas telah diberi penghormatan untuk memotong pita pada perasmian restoran tersebut.

Sementara itu, pemilik Restoran Sari Ratu, Auwines berkata, sebanyak enam lagi cawangan restoran itu yang terdapat di Lembah Klang ialah di Bukit Bintang, Desa Pandan, Dataran Glomac Pusat Bandar Kelana Jaya, Dataran Sunway Kota Damansara, Subang Parade dan Bandar Puchong Jaya.

Menurutnya, sebelum ini Restoran Sari Ratu memiliki 20 cawangan di Jakarta dan dua di Surabaya sekali gus berhasrat untuk melebarkan sayap perniagaan itu hingga ke negara China dan Arab.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.