saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 01/11/2011

Peruntukan kepada PFN bukan geran

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Peruntukan sebanyak RM250 juta yang diluluskan kerajaan kepada Pusat Fidlot Nasional (PFN) pada 2007 bukanlah geran sebaliknya pinjaman mudah yang perlu dibayar semula oleh agensi tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkata, ia diluluskan bagi membolehkan PFN membiayai kos operasi dan pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang dan makmal.

“Ia juga bagi mempercepatkan pembangunan dan persediaan bukan sahaja bagi syarikat ini, tetapi untuk segala infrastruktur komersil sepanjang rantaian nilai bagi membolehkan pembangunan Program Pembangunan Usahawan melibatkan 310 peladang dan penternak di seluruh negara,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Noh, PFN bukanlah projek yang gagal seperti didakwa pembangkang kerana sasarannya iaitu mengeluarkan 8,000 ekor lembu pada 2010 berjaya dicapai seperti yang disebut dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan minggu lalu.

Katanya lagi, PFN juga tidak diberikan tanah secara percuma seluas 5,000 ekar (2,023 hektar) seperti yang didakwa sebaliknya 1,500 ekar (607 hektar) tanah di Negeri Sembilan diberikan secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan.

Berkenaan pemilihan syarikat Agroscience Industries sebagai pelaksana projek fidlot itu pula, Noh berkata, ia berdasarkan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang menilai enam syarikat yang berminat dengan projek itu.

“Bagaimanapun sebuah lagi syarikat yang turut dipilih iaitu Lambert Agricultural menarik diri menjadikan Agroscience Industries menerusi National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. sebagai integrator untuk melaksanakan projek ini,” katanya.

Projek PFN dijadikan isu oleh pembangkang yang mendakwa kerajaan telah memberikan peruntukan berjumlah RM250 juta secara percuma kepada PFN untuk melaksanakan projek itu.

Pembangkang mengaitkan projek PFN dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memandangkan suami beliau, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif PFN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.