saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/11/2011

Dua karya agung Melayu 'dibedah siasat'

MELAKA 1 Nov. - Kandungan karya agung Melayu iaitu Sulalat Al-Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah 'dibedah siasat' 10 cendekiawan sejarah bagi mencungkil isinya dan melihat kerelevanan karya tersebut dengan tamadun Melayu terdahulu dan kini.

Kedua-dua karya berkenaan dikaji dan diteliti secara menyeluruh dari pelbagai sudut dalam Persidangan Antarabangsa Karya Agung Melayu yang berlangsung di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Antara cendekiawan sejarah yang terlibat membentangkan kertas kerja pada persidangan selama dua hari itu adalah, Dr. Muhammad Uthman El.Muhammady dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Shaharuddin Maarof (UM), Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Yusoff Hashim (KUIM), Prof. Emeritus Datuk Abu Bakar Abdul Hamid (UM) dan Prof. Datuk Dr. Md. Salleh Yaapar (USM).

Turut serta tiga sarjana dari luar negara iaitu, Prof. Emeritus Dr. E. Ulrich Kratz dari School of Oriental and African Studies, London, Prof. Liang Liji (Universiti Beijing, China) dan Prof. Dr. Heddy Shri Ahimsa Putra (Universitas Gadjah Mada, Indonesia).

Pengerusi Yayasan Karyawan, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, persidangan berkenaan bertujuan meninjau dan mengkaji pandangan masyarakat terhadap isi kandungan karya berkenaan yang meliputi aspek kedaulatan raja, keadilan pemerintah, kebebasan dan kefahaman terhadap institusi kerajaan Melayu.

"Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah adalah karya agung yang melambangkan kemegahan dan kebesaran tamadun Melayu yang terkandung di dalamnya pelbagai nilai murni yang belum diketahui ramai.

"Persidangan yang membuka ruang pembentangan dan perbincangan melalui kertas kerja berkaitan karya tersebut diharap dapat memberi ilmu dan tauladan kepada bangsa Melayu yang sedang menghadapi krisis keyakinan dan identiti diri," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan itu.

Katanya, selain mengkaji fakta dan mitos dalam kedua-dua karya agung itu, nilai-nilai murni yang diketengahkan oleh penulis turut dicungkil dan didedahkan kepada umum untuk dinilai.

Kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan berkenaan termasuklah Karya Agung Melayu Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah: Keunggulan Akal Budi Bangsa Melayu Sepanjang Zaman, Hang Tuah Wira Melayu Sebagai Fenomena, Hang Tuah Lambang Keperwiraan Melayu Tradisional dan Hang Tuah di Dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.

Kesimpulan persidangan yang mengupas kandungan kedua-dua karya agung tersebut akan dibentangkan esok oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah A. Karim dalam sesi forum bertajuk Kerelevanan Citra dan Akal Budi Melayu dalam Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.