saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 03/11/2011

Peniaga dipindah dekat Pasar Seni


Kawasan pejalan kaki berhampiran Stesen LRT Pasar Seni yang bakal dijadikan tapak niaga untuk peniaga yang dipindahkan dari Pasarama Kota.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Kebimbangan 13 peniaga di terminal bas Pasarama Kota (Hentian Bas Klang) berakhir apabila mereka akan dipindahkan ke kawasan lapang berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni.

Pemindahan itu dibuat kerana Pasarama Kota ditutup sementara untuk memberi ruang kepada projek pembangunan jajaran My Rapid Transit (MRT) dijalankan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan berkata, kesemua peniaga terlibat akan berpindah dalam masa terdekat selepas mendapat kelulusan daripada SPAD dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana).

"Mereka akan dipindahkan secepat mungkin selepas lot niaga disiapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di kawasan lapang tersebut.

"Tiada sebarang pampasan akan diberikan kepada mereka kerana kawasan niaga itu sudah memadai. Peniaga perlu memastikan kawasan tersebut bersih," katanya selepas mengadakan lawatan ke Pasarama Kota hari ini.

Saravanan berkata, beliau akan berbincang dengan Prasarana supaya tiada sebarang sewa dikenakan kepada peniaga dalam tempoh perpindahan sementara itu.

"Banyak kos yang akan digunakan oleh peniaga untuk membuka perniagaan mereka sementara menunggu gerai baru yang akan siap dibina pada 2016 nanti," katanya.

Tambah beliau, kesemua gerai di kawasan baru itu akan dipantau tahap kebersihannya kerana ia merupakan kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai.

Peniaga, Puspa Krishnan, 35, berkata, beliau gembira kerana mendapat gerai untuk meneruskan perniagaannya.

"Saya sudah 12 tahun berniaga di kawasan ini dan merasa gembira kerana ada pihak yang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kami," katanya.

Penutupan operasi terminal bas Pasarama Kota adalah untuk memberi laluan kepada projek Jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang melibatkan pembinaan terowong bawah tanah sepanjang 10 kilometer di pusat bandar raya termasuk melalui bawah 20 lot bangunan di sepanjang Jalan Sultan di situ.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.