saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/11/2011

Accin bantah penganjuran Seksualiti Merdeka


Mohd. Roslan Mohd. Nor (tiga dari kanan) yang mengetuai badan-badan NGO membuat laporan polis bagi membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin) hari ini membuat laporan polis bagi membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 yang dilihat bagi menjayakan gerakan homoseksual di negara ini.

Laporan dibuat bagi menghalang penganjuran program yang menuntut pengiktirafan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana jelas bertentangan dengan tuntutan semua agama.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Malaysia (Prowaris), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), dan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima).

Setiausaha Agung PUM, Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, sebagai sebuah negara Islam, tidak seharusnya wujud program itu kerana boleh menyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat di negara ini.

Katanya, walaupun semua agama mempunyai banyak perbezaan dalam kepercayaan, namun masih berkongsi nilai moral yang sama iaitu berdosa sekiranya menghalalkan perbuatan haram seperti hubungan homoseksual.

"Justeru, kita meminta pihak berkuasa khususnya polis menyiasat dan bertindak tegas bagi menghalang program mahupun gerakan tersebut serta individu yang mengaku sebagai homoseksual.

"Tindakan perlu dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada di mahkamah sivil dan syariah tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan," katanya ketika ditemui pemberita di Balai Polis Pantai di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Prowaris, Feriz Omar berkata, penganjuran program itu adalah usaha mengangkat demokrasi liberal yang disokong oleh parti pembangkang.

"Demokrasi liberal yang mereka perjuangkan menuntut hak kebebasan mutlak yang dikatakan sebagai hak asasi manusia," katanya.

Ketua Biro Tugas-tugas Khas bahagian Undang-undang ABIM, Mohd. Khairul Anwar Ismail berkata, penganjuran program tersebut jelas melanggar deklarasi Kaherah mengenai hak asasi manusia dalam Islam.

"Malaysia antara negara anggota dalam Pertubuhan Persidangan Islam yang menegaskan kebebasan dan hak hidup bermaruah berdasarkan syariah Islam," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.