saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 04/11/2011

Dua penuntut Malaysia catat sejarah


MOHD. Zafrullan Zamberi (kanan) menerima anugerah kecemerlangannya di UKRIDA, Jakarta, baru-baru ini.


JAKARTA 3 Nov. - Dua penuntut jurusan perubatan dari Malaysia melakar sejarah apabila diumumkan mahasiswa cemerlang di Universiti Kristen Krida Wacana (UKRIDA), di sini.

Dr. Mohd. Zafrullan Zamberi dan Dr. Muhammad Nasum Abdul Kuthosee merangkul Anugerah Cum Laude iaitu penghormatan yang diberikan oleh universiti tersebut kepada mahasiswa cemerlang yang mendapat Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 ke atas dalam pengajian.

Mohd. Zafrullan menamatkan pengajian dengan PGNK 3.58 manakala Muhammad Nasim pula dengan PGNK 3.54.

Kejayaan itu tambah berganda apabila kedua-dua mahasiswa Malaysia itu mendahului senarai 120 graduan perubatan UKRIDA pada Majlis Pelantikan Doktor Angkatan ke-82, UKRIDA, baru-baru ini.

Menurut Dr. Zafrullan, kejayaannya itu membuktikan mahasiswa Malaysia boleh berjaya di mana saja berada.

"Pengalaman menjalani ko-asisten (latihan klinikal) di hospital di sini benar-benar memberi manfaat kerana kami di sini dibenarkan merawat pesakit, membuat surgeri kecil, menyambut bayi yang baru lahir dan latihan lain bersifat praktikal. Ini berbeza dengan kawan-kawan kami yang membuat latihan klinikal di Malaysia, United Kingdom dan lain-lain," katanya,

Pada majlis itu juga, seramai 26 graduan Malaysia mengangkat sumpah sebagai doktor perubatan.

Sementara itu, Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun berkata, kejayaan kedua-duanya menafikan dakwaan mahasiswa perubatan Malaysia di Indonesia ialah doktor perubatan kelas kedua.

Menurut beliau, apa yang turut membanggakan mahasiswa Malaysia lebih cemerlang berbanding mahasiswa tempatan. - Utusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.