saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 05/11/2011

Mahkamah batal permohonan menantu bekas MB Selangor

PUTRAJAYA 4 Nov. - Menantu kepada bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Tan Sri Ahmad Razali Mohd. Ali terlepas segala peluang untuk merayu di Mahkamah Rayuan terhadap satu keputusan kes saman yang tidak memihak kepadanya melibatkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM150,000.

Ia berikutan keputusan panel tiga hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membatalkan notis usul Datuk Noorazman Adnan, 53, yang memohon lanjutan masa memfailkan kebenaran merayu.

Mahkamah membatalkan permohonannya selepas dimaklumkan oleh peguam S. Ravi Chandran yang mewakili rakan kongsi kepada ahli perniagaan itu, Mohd. Fazzrul Amri Abdul Aziz, 27, bahawa peguam yang mewakili Noorazman tidak hadir hari ini.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed dan Hakim Anantham Kasinather.

Noorazman memohon lanjutan masa memfailkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 23 September tahun lalu yang mengekalkan perintah agar dia membayar ganti rugi RM150,000 kepada rakan kongsinya kerana didapati memungkiri perjanjian.

Pada 28 April tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, Ishak Bakri memutuskan agar ahli perniagaan itu membayar ganti rugi itu selain tunggakan gaji RM6,000 sebulan secara berterusan sehingga mencukupi jumlah RM250,000.

Mahkamah itu turut memerintahkan, sekiranya Noorazman gagal menjelaskan bayaran tersebut, faedah lapan peratus setahun akan dikenakan terhadapnya bermula dari 31 Mei 2005 sehingga selesai pembayaran.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada Julai 2007, Mohd. Fazzrul Amri yang merupakan pengarah syarikat pengusaha stesen minyak, Intelligent Partners Sdn. Bhd. mendakwa, defendan gagal menjelaskan tunggakan gaji kepadanya seperti yang dijanjikan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Noorazman didakwa gagal membayar gajinya sebanyak RM6,000 sebulan bermula April 2005 hingga Mei 2007.

Menurutnya, Noorazman melantiknya sebagai pengarah syarikat itu pada 2003 memandangkan beliau memiliki lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengusahakan stesen minyak BHP di Sungai Besi.

Noorazman kini kekal diisytiharkan sebagai seorang muflis selepas satu panel lain Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 18 Ogos lalu selain diperintah membayar kos RM10,000.

Ketika itu, dia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Mac lalu yang menolak rayuannya berhubung perisytiharan muflis yang diperolehi oleh Mohd. Fazzrul Amri berikutan kegagalannya membayar tuntutan melebihi RM300,000.

Dalam permohonan petisyen pemiutang terhadap Noorazman, Mohd. Fazzrul Amri mendakwa rakan kongsinya itu berhutang sebanyak RM354,707.95 iaitu jumlah yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 28 April tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.