saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 05/11/2011

PAC Perak mahu penjelasan isu teroka hutan

05/11/2011 5:23pm

IPOH 5 Nov. Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) Perak akan mendapatkan penjelasan Jabatan Perhutanan Negeri Perak berhubung isu penerokaan dan pencerobohan haram hutan-hutan simpan, kata Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Beliau berkata, penjelasan tersebut akan merangkumi seluruh kawasan hutan negeri dan tidak sahaja memfokuskan soal pencerobohan Hutan Simpan Chikus yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Kita akan meminta penjelasan daripada Jabatan Perhutanan mengenai punca masalah ini...adakah berpunca akibat kecuaian ataupun kekurangan kakitangan jabatan menyebabkan berlakunya penerokaan haram.

"PAC juga mahu mendengar bentuk tindakan yang akan diambil bagi mengelak perkara ini berulang dan menyebabkan kerugian kepada negeri, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Ahmad Zainuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah berkata, pihaknya akan mendapatkan jumlah sebenar kawasan hutan simpan di negeri ini dan statistik kawasan yang diteroka secara haram serta maklumat peneroka sama ada individu ataupun syarikat.

Menurut beliau, pencerobohan dan penerokaan hutan simpan adalah isu serius kerana implikasinya bukan sahaja merugikan sumber hasil negeri tetapi menimbulkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Tambahnya, PAC juga ingin mendapatkan penjelasan berhubung isu penerokaan Hutan Simpan Chikus yang dikatakan telah diteroka sejak 20 tahun lalu dan tiada tindakan undang-undang diambil. Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.