saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 08/11/2011

Pengetua SMKSK Batu Enam bersara


Ayob Jantan (kanan) diraikan pada Majlis Tautan Budi Sanjungan Kasih di Johor Bahru, baru-baru ini.


SEGAMAT 7 Nov. – Kejayaan mengurus tadbir sekolah yang mempunyai 540 pelajar dengan cemerlang dan sentiasa menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan utama memberi kepuasan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan (SMKSK), Batu Enam, Ayob Jantan.

Ayob, 58, yang menjadi pengetua sekolah itu selama setahun tujuh bulan berkata, bukan mudah untuk mengurus tadbir sekolah yang menampung pelajar dari tingkatan satu hingga lima kerana ia menuntut kesabaran dan ketabahan dalam erti kata sebenar.

“Selain itu, kejayaan itu juga tidak akan tercapai jika tidak mendapat kerjasama daripada guru-guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) khasnya serta kakitangan sokongan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan persaraannya di SMKSK Batu Enam, di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia, Khailani A. Jalil, Pengerusi Majlis Guru Besar Johor, Masood Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG, Prof Madya, Ahmad Nawai Yaakub dan kira-kira 600 pelajar, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah tersebut.

Dengan persaraan itu bermakna Ayob yang merupakan anak kelahiran Melaka dengan kelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, telah berkhidmat dalam dunia pendidikan selama 34 tahun.

Beliau juga sempat meninggal ‘wasiat’ supaya projek orkestra yang diberi nama ‘Wind Orchestra’ diteruskan selepas kira-kira RM60,000 dibelanjakan untuk membeli peralatan dan RM200,000 lagi diperlukan untuk melengkapkan satu kumpulan orkestra yang diharap dapat mengukir nama suatu hari nanti.

Tambah Ayob, antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan sepanjang berkhidmat sebagai guru dan pengetua adalah kejayaan mendapatkan standard piawaian kualiti MS ISO 2000 untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Gemereh, di sini.

“Secara jujur saya amat berbangga kerana sekolah itu yang terletak di kawasan luar bandar menjadi sekolah pertama mendapat pengiktirafan berprestij dengan mengalahkan sekolah-sekolah ternama di peringkat kebangsaan,” katanya.

Menurutnya, tumpuan akan lebih diberikan kepada kerja-kerja amal, kemasyarakatan dan koperasi selain usaha lebih giat sebagai Pengerusi Pusat Tahfiz Darul Faqeh yang terletak di Jalan Cincin, di sini.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia pendidikan beliau telah berkhidmat di beberapa buah sekolah sebagai pengetua antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemereh selama 10 tahun, Sekolah Tinggi Segamat (dua tahun) dan Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, selama empat tahun iaitu dari 2005 hingga 2008.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.