saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 08/11/2011

Karnival rangsang pencapaian


Pelajar-pelajar turut diberi peluang mempamerkan perhidmatan di bawah mata pelajaran MPV pada Karnival Pendidikan Terengganu 2011 di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman, baru-baru ini.


KEMAMAN 7 Nov. - Karnival Pendidikan Terengganu 2011 berlangsung di sini baru-baru ini sebagai meneruskan tradisi dalam usaha peningkatan kecemerlangan pendidikan negeri.

Melaluinya, para pelajar diberi pengiktirafan dan penghargaan atas keupayaan mereka mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang kurikulum, kokurikulum sekaligus mengharumkan nama negeri dan negara.

Pengiktirafan dan penghargaan turut diberikan kepada sekolah -sekolah yang cemerlang dalam pengurusan prasarana serta pencapaian cemerlang sekolah dalam peperiksaan awam di peringkat negeri.

Karnival selama tiga hari itu juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti para pelajar yang diperagakan melalui Pameran Keusahawanan Pendidikan Terengganu.

Ia melibatkan Kelas MPV Sekolah Menengah, Kelab Keusahawanan, Sains Pertanian, Robotik dan Roket serta acara permainan tradisional dan sukaneka.

Selain itu, forum perdana serta acara mengetengahkan bakat pelajar-pelajar turut diadakan, melibatkan penyertaan lebih 50 buah sekolah.

Pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman itu, seramai 142 pelajar dan 85 buah sekolah menerima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Pelajaran negeri, Razali Daud.

Sebanyak 33 kategori anugerah disampaikan antaranya Anugerah Sekolah Terbaik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diterima oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, SK Tengku Mahmud dan SK Rantau Petronas.

Anugerah yang sama bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) diterima oleh Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu.

SK Tengku Mahmud, Besut dan SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu terpilih menerima Anugerah Pelaksanaan e-Book Terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penerima anugerah Anugerah Khas Kokurikulum (Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong dan SMK Bukit Besar), Anugerah Pengurusan Kelas Pendidikan Khas Terbaik (SMK Ibrahim, Fikri dan SK Padang Mengkuang).

Anugerah Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah Terbaik (SMK Guntong, SK Landas), Anugerah Pengurusan Disiplin Terbaik (SMK Kompleks Mengabang Telipot dan SK Pasir Panjang), Anugerah Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling Terbaik (SMK Agama Tok Jiring dan SK Sultan Sulaiman I) dan Anugerah Pengurusan Surau Terbaik (SMK Seri Serating).

Anugerah Pengurusan Asrama Terbaik dimenangi SMK Pulau Serai, Dungun dan Anugerah Pengurusan Koperasi Terbaik berjaya digondol SMK Agama Sheikh Abdul Malek.

Bagi Anugerah Pengurusan Makmal ICT Terbaik ia diraih SMK Rusila, Marang dan SK Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu.

Sementara itu, SMK Padang Negara Kuala Terengganu, SMK Seri Berang, Hulu Terengganu dan SMK Putera Jaya Setiu menerima Anugerah Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah Tertinggi.

Menteri Besar dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri berusaha untuk menyediakan kemudahan pembelajaran terbaik kepada rakyat agar kejayaan yang ditempa dapat terus memperkayakan potensi diri mereka.

Menurut Ahmad, ia bagi mempersiapkan diri mereka sebagai modal insan yang hebat pada masa depan yang dapat menyumbang kepada rakyat, negeri dan negara.

Katanya, jika satu masa dahulu Terengganu bukan satu 'ancaman' kepada negeri lain dalam bidang pendidikan, kini negeri itu boleh berbangga apabila banyak kejayaan diraih bukan sahaja dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

"Misalnya, Nurusyahamah Taqiah Nurunnajmi yang baru berusia 12 tahun yang mewakili Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-Kanak Peringkat Antarabangsa di Doha, Qatar, pada Ogos lalu mendapat tempat ketiga dalam acara yang besar itu.

"Dengan pelbagai kejayaan yang dilakar oleh generasi muda di negeri ini, saya yakin Terengganu bakal menjadi sebuah negeri hebat dengan ramai pakar akan dilahirkan dalam bidang.

''Kejayaan demi kejayaan jelas membuktikan bahawa kita mengambil serius untuk memantapkan pendidikan di negeri ini," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 1,000 warga pendidik.

Dalam pada itu, Razali berkata, program sebegini merupakan salah satu bentuk galakan dan rangsangan secara berterusan kepada warga sekolah untuk terus mencipta kejayaan dan mewarnai landskap pendidikan negeri.

Menurut beliau, sempena karnival pendidikan itu, penghargaan turut diberikan kepada pihak pengurusan sekolah yang bertungkus-lumus menguruskan institusi itu dengan baik.

Katanya, mereka yang terdiri daripada warga belakang tabir itu merupakan tonggak sesebuah sekolah untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada pelajar.

"Terima kasih kepada mereka ini yang bukan sahaja melancarkan tugas sesebuah sekolah malah memberi imej yang baik kepada masyarakat dalam merakyatkan pendidikan," jelasnya.

Tambah Razali, program yang sebelum ini dikenali sebagai Ekspo Pendidikan digerakkan ke setiap daerah mulai tahun ini dan Kemaman menjadi destinasi pertama.

"Atas usaha untuk berkongsi kecemerlangan pelajar dengan banyak peringkat masyarakat program tahunan ini diteruskan ke daerah-daerah lain tahun depan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.