saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/11/2011

Kurangkan jumlah penjawat awam di negeri pembangkang

09/11/2011 8:32pm

KUALA LUMPUR 9 Nov. – MCA hari ini mencabar pakatan PKR-DAP-Pas mengurangkan jumlah penjawat awam di negeri yang mereka tadbir dan tidak memberi helah akan melaksanakannya jika mereka mengambil alih kerajaan Persekutuan.

Parti itu berkata, kenyataan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua bahawa pakatan itu akan mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mereka mengambil alih kerajaan Persekutuan telah ditolak oleh Pas sendiri apabila akhbar parti itu, Harakah, memetik Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, pakatan itu tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

"DAP juga tidak menunjukkan komitmennya terhadap isu itu. Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, mereka sepatutnya melaksanakannya di negeri yang mereka tadbir terlebih dulu.

“Tapi hingga hari ini, mereka tidak berbuat demikian di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan malah, di Kelantan,” kata Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Tony sering menyerang kerajaan Persekutuan, tetapi apabila kerajaan Selangor membuat keputusan menaikkan elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awamnya serta menyerahkan projek kepada juruperunding luar dan tidak menggunakan sumber dalaman negeri, mereka tidak pula mengkritik langkah itu. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.