saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 09/11/2011

Warga PSMZA tawan Gunung Berembun


SEBAHAGIAN pelajar PSMZA yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Berembun di Dungun, baru-baru ini.


DUNGUN 8 Nov. - SERAMAI 22 pelajar dan enam pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) berjaya menawan Gunung Berembun, Hulu Dungun baru-baru ini.

Walaupun menghela kepenatan dan kesukaran dengan pengalaman yang diredah, mereka mengecap kepuasan apabila berada di puncak dengan ketinggian 1,108 meter.

Mereka disajikan dengan panorama indah, hening dan mendamai dalam persekitaran Hutan Lipur Cemerong di samping kejernihan curahan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara.

Kehijauan alam dengan flora dan faunanya di samping pelbagai batuan menjadi saksi perjalanan program tiga hari berkenaan.

Menurut Ketua Ekspedisi, Abdul Rahman Muhammad, kembara itu bermula di tapak perkhemahan hutan lipur berkenaan dengan sesi taklimat dan senaman ringkas sebelum memulakan pendakian.

Dengan diiringi tiga pemandu arah dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), ia satu peluang buat peserta untuk berjinak-jinak dengan dunia pengembaraan hutan dan gunung

"Program itu menuntut hasil semangat berpasukan dan komitmen tinggi semua pendaki dalam berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan risiko seperti laluan yang licin dan semak serta sekali sekala hujan lebat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Tambah Abdul Rahman, lokasi pertama di kaki Air Terjun Chemerong yang disimbahi percikan air dari ketinggian kira-kira 500 meter merupakan saat yang begitu dinantikan peserta.

Katanya, gotong-royong dilakukan bagi membersihkan sampah sarap yang ditinggalkan di tiga kawasan perkhemahan iaitu Kem Balak, Kem Y dan Kem Langsir.

"Sampah-sarap yang terdiri daripada botol dan bekas plastik itu dikumpul dan dibawa turun ke bawah untuk dilupuskan dengan cara yang betul," katanya.

Katanya, berada di puncak tidak bermakna kembara itu telah selesai kerana perjalanan turun dari gunung itu bagaimanapun benar-benar menguji kekuatan peserta, ditambah dengan permukaan yang licin kerana hujan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.