saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/11/2011

Khairy bidas pembangkang


Khairy Jamaluddin bersama sebahagian Wanita UMNO mengadakan sidang akhbar bagi menjawab isu Projek Fidlot Nasional di bangunan Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan tuduhan pembangkang kononnya Projek Fidlot Nasional gagal sebagai tidak berasas dan berorientasikan politik semata-mata.

Katanya, berdasarkan kajian sendiri termasuk juga menemubual pegawai kementerian untuk mendapatkan gambaran sebenar kedudukan projek tersebut, beliau mendapati segala tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang itu tidak betul, ada banyak kelemahan dalam penghujahan mereka.

"Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011 di muka surat 138, jelas tercatat bahawa sasaran 8,000 ekor lembu pada 2010 tercapai.

"Mengikut laporan itu juga, jumlah sebenar yang dibawa ke ladang Pusat Fidlot Nasional adalah 8,016 ekor bagi tempoh 2008 hingga 2010.

''Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,742 telah disembelih sehingga akhir November 2010. Bagaimana pembangkang boleh kata projek tersebut gagal sedangkan sasaran projek tersebut tercapai," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Semalam, isu pinjaman RM250 juta kepada NFC yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Menurut Khairy, pembohongan pembangkang dalam isu berkenaan terserlah apabila menuduh NFC menerima tanah seluas 2,000 hektar secara percuma.

"Ini adalah tuduhan palsu kerana NFC tidak pernah diberikan tanah seluar 2,000 hektar, sebaliknya syarikat tersebut hanya ditawarkan tanah seluas 600 hektar secara pajakan daripada Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menjayakan Projek Fidlot Nasional," jelasnya.

Dalam pada itu, Khairy juga menegaskan, pembayaran RM81.2 juta kepada National Livestock & Meat Corporation Sdn Bhd (NLMC) adalah bagi memastikan syarikat tersebut mampu melaksanakan tanggungjawabnya untuk membina rangkaian penawaran, pasaran produk fidlot serta membeli hasil dari ladang satelit.

Selain itu, katanya, ia juga berperanan memajukan operasi sistem lojistik serta membina pasaran bagi produk Pusat Fidlot Nasional sebagai pengeluar daging yang konsisten dan berkualiti tinggi dalam proses persediaan untuk Program Pembangunan Keusahawanan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.