saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/11/2011

Bunohan jadi pilihan sempena Festival Filem ASEAN

JAKARTA 10 Nov. - Biarpun filem Bunohan arahan pengarah tersohor Malaysia, Dain Said belum ditayangkan di pawagam tempatan, namun karya berkenaan menjadi pilihan untuk ditayangkan sempena Festival Filem ASEAN (AFF) pada 16 November ini di Bali.

Filem yang dibintangi oleh aktor-aktor hebat Malaysia seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palare dan Namron itu merupakan antara senarai karya dari negara ASEAN yang bakal ditayangkan pada festival yang julung kali diadakan itu.

Bunohan yang mengupas kisah tragik kasih sayang antara tiga beradik itu akan ditayangkan pada hari pertama AFF pada 16 November ini.

Filem Bunohan juga sebelum ini sudah menjelajah ke beberapa buah negara lain termasuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011.

Selain Malaysia, sembilan buah filem dari negara ASEAN lain turut akan ditayangkan seperti Eternity dari Thailand, Only Love (Laos) dan Emir (Filipina).

Tuan rumah, Indonesia pula memilih filem Di Bawah Lindungan Ka'bah iaitu filem yang pernah disenaraikan untuk pencalonan Anugerah Akademi 2011 kategori Filem Bahasa Asing Terbaik.

Selain menayangkan filem-filem dari negara ASEAN, penganjuran AFF oleh Indonesia pada 16 dan 17 November ini juga akan dipenuhi dengan seminar yang akan membincangkan pelbagai isu berkaitan dengan industri perfileman serantau serta di akhir dengan malam gala.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Mohd. Naguib Razak pula akan membentangkan kertas kerja mengenai tajuk Pembiayaan dan Dana Perfileman: Sokongan Terhadap Industri Filem Tempatan.

Pembentangan kertas kerja oleh Mohd Naguib dijangka diadakan pada hari kedua AFF, 17 November.

Turut serta bersama-sama Mohd. Naguib dalam perbincangan tersebut ialah tokoh akademik dari NYU Tisch School of the Arts, Singapura, Prof. Gabrielle Kelly dan Pengarah Eksekutif Majlis Pembangunan Filem Filipina, Jose Miguel De La Rosa.

Pada seminar perfileman itu juga, Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan serta bekas Naib Presiden Universal Studio, Donna Smith juga akan tampil sebagai ahli panel.

Menurut Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Mari Elka Pangestu, penganjuran AFF buat kali pertama diharapkan akan membuka ruang kepada filem-filem ASEAN untuk menyokong pembangunan masyarakat ekonomi serantau.

"AFF juga memiliki nilai strategik untuk memupuk dan mengembangkan jaringan industri kreatif dalam rangka membangun kebersamaan antara negara-negara anggota ASEAN dalam perkembangan insdutri kreatif yang selama ini didominasi oleh Amerika Syarikat, India, Jepun dan China," kata beliau pada sidang media di sini hari ini. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.