saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/11/2011

Yang di-Pertuan Agong rasmi Masjid Sayyidina Abu Bakar


TUANKU Mizan Zainal Abidin menandatangani plak merasmikan Masjid Sayyidina Abu Bakar sambil diperhatikan oleh Mohd. Khalil Yaakob dan Mohd. Ali Rustam di UTeM, Melaka, semalam.


MELAKA 11 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin hari ini berkenan merasmikan Masjid Sayyidina Abu Bakar di kampus induk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Durian Tunggal di sini.

Hadir sama, Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob merangkap Canselor UTeM; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusof; Pro Canselor, Tan Sri Dr. Johari Mat serta Ahli Exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan, warga UTeM dan rakyat jelata.

Selepas bertitah dan menandatangani plak perasmian, baginda kemudian menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama rakyat jelata.

Baginda yang tiba di sini pagi ini bagi melakukan lawatan rasmi sehari ke negeri ini.

Masjid itu yang dibina dengan kos RM15.341 juta di kawasan seluas 4 hektar itu dapat menampung kira-kira 4,000 jemaah mula dibina pada 1 Mei 2007 siap sepenuhnya pada 12 Mei tahun lalu.

Mohd. Ali dalam ucapannya berkata, kewujudan masjid di pusat pengajian tinggi boleh dijadikan pusat mengalakkan aktiviti dan program pembangunan sahsiah pelajar.

Menurutnya, masjid Sayyidina Abu Bakar akan menjadi lambang dan nadi kepada kemajuan serta mendokong hakikat bahawa ilmu adalah elemen dalam membangunkan beradaban.

‘‘Pemilihan nama Sayyidina Ali serta ciri-ciri keperibadian soleh dimiliki Khalifah Al-Rasyidin adalah selari dengan misi UTeM bagi melahirkan insan yang bersahsiah murni dan berketrampilan berkualiti.

‘‘Sebagai contoh masjid Al-Azhar di Mesir yang turut dikenali sebagai Universiti Al-Azhar yang terus berkembang sehingga menjadi institusi pengajian terulung di dunia hari ini,” katanya.

Menurutnya, warga pelajar wajar menggunakan masjid itu melalui aktiviti dan program berteraskan Islam bagi mendekatkan diri pelajar mengenal jati diri, daya saing dan rupa bangsa itu sendiri.

Pada sebelah malam pula, Tuanku Mizan menghadiri Majlis Santapan Menjunjung Kasih sempena lawatan tersebut di Hotel Renaissance.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.