saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 13/11/2011

Zakiah Laidin meninggal dunia

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Bekas Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Zakiah Laidin yang merupakan wanita pertama menyandang jawatan tertinggi dalam pasukan itu, meninggal dunia akibat sakit tua, malam tadi.

Menurut Pusat Media PDRM, Allahyarham yang berusia 73 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.20 malam di kediamannya di Jalan Tiang Seri, Taman Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.

Allahyarham meninggalkan dua anak lelaki berusia 43 dan 45 tahun serta tujuh cucu. Suaminya, Datuk Yahya Yeop Ishak, bekas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, meninggal dunia 2007.

Sepanjang 36 tahun menceburi PDRM, pangkat terakhir dipegang oleh Zakiah adalah Deputi Komisioner ketika bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sebelum bersara pada 1993.

Allahyarham juga merupakan polis wanita pertama diberi kepercayaan menyandang jawatan Pegawai Tadbir Kontinjen, Penguasa Perhubungan Awam, Penolong Pesuruhjaya Polis Cawangan Perkhidmatan Polis, Penyelia Polis dan beberapa jawatan lain.

Kredibiliti Zakiah terbukti apabila beliau bersama seorang pegawai kanan dipilih sebagai polis wanita Asia pertama menyertai kursus di Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Virginia, Amerika Syarikat selama tiga bulan pada 1980.

Sebagai penghargaan kepada jasa beliau, Zakiah pernah dianugerahkan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong pada Jun 1979.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tengah hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.