saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/11/2011

Anugerah Skrin 2011 menepati ramalan


UMIE AIDA (kiri) dan Eja membuktikan yang mereka benar-benar layak untuk diangkat ke tempat tertinggi.


TIRAI sudah dilabuh, keputusan sudah diumum. Apa yang terbaik harus diletak di tempat yang terbaik. Seperti menepati ramalan awal, drama terbaik akhirnya menjadi milik Sanggul Beracun.

Pada malam Jumaat minggu lalu, senarai keputusan penuh Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) sudah diketahui. Tidak ada yang mengejutkan melainkan melibatkan beberapa kategori sahaja.

Menepati ramalan awal, drama arahan Sabri Yunus itu memang sewajarnya diletak sebagai drama terbaik. Cerita yang memaparkan tentang kisah lama itu membuktikan Sabri memang layak menggenggam trofi berkenaan.

Namun kehebatan sebuah lagi karya arahan Erma Fatima tidak boleh dipandang remeh. Kalau dilihat dari sudut populariti, mungkin Air Mata Nur Salina yang akan menang. Selain jalan cerita yang cukup kuat, Air Mata Nur Salina juga menjadi lambang bukti kualiti drama arahan pengarah wanita berkenaan.

Bagaimanapun drama seperti itu barangkali dilihat agak klise dan ini memberikan lebih markah kepada Sanggul Beracun yang ternyata lebih berbeza.

Selain kategori Drama Terbaik dan Pengarah Terbaik, Sanggul Beracun yang dilakonkan oleh Erra Fazira juga berjaya membawa pulang trofi kategori Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.

Keterujaan Sabri pada malam itu pasti berganda walaupun dia sedikit kesal apabila pelakon utamanya, Erra Fazira gagal menang dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik. Sebaliknya dimenangi oleh Umie Aida.

Umie Aida memang selayaknya menang. Lakonan yang cukup berkesan dalam Air Mata Nur Salina. Saat diumumkan namanya menang, hampir keseluruhan penonton yang ada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini bertepuk tangan.

Pelakon Eman Manan tidak pulang dengan tangan kosong. Biarpun namanya sedikit tenggelam dek ‘tsunami’ angkatan baru lewat kebelakangan ini, dia membuktikan yang lakonannya masih lagi pada tahap terbaik.

Mengenepikan beberapa calon popular yang lain, dia berjaya membawa merangkul gelaran Pelakon Lelaki Terbaik menerusi drama Janji Syurga.

Bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pula diberikan kepada Allahyarham Faizal Yusuf dalam drama Jangan Hantar Aku Ke Neraka dan kategori wanita pula milik Elfira Loy menerusi drama Kum-Kum.

Dalam kategori Drama Rantaian Terbaik pula menjadi milik drama Juvana dan Drama Komedi Terbaik milik Geng Surau.

Filem tiada kejutan

MENCARI sisi yang lain dalam ASK2011 kali ini, bagai tidak ada apa yang ditemui. Keputusan yang dibuat oleh para juri pada malam itu ternyata bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan ia bagai mengesahkan telahan awal.

Ramai yang berpuas hati apabila Magika terbitan KRU Studios menjadi filem terbaik, satu keputusan yang tepat meskipun saingan yang diterima kali ini hebat belaka.

Tidak ada yang mengejutkan dan ia seperti kesinambungan daripada Festival Filem Malaysia yang lalu pun di mana Magika turut bergelar Filem Terbaik.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti saat nama Eja diumum sebagai Pelakon Filem Terbaik dalam filem Janin. Eja bukan sembarangan pelakon memandangkan dia tidak pernah menghampakan penonton dalam mana-mana filem mahupun drama lakonannya.

Dalam kategori Pembantu Lelaki Terbaik Filem pula milik Sidek Hussin (Karak) manakala kategori wanita milik Nadiya Nisaa (Cun). Lakon Layar Terbaik pula menjadi dimenangi filem Aku Tak Bodoh.

Osman Ali membuktikan yang dia sememangnya pengarah yang berpotensi besar untuk lebih bersinar. Melalui filem Cun juga dia berjaya membawa pulang trofi Pengarah Filem Terbaik yang cukup dinanti-nantikan.

Tidak ada kejutan dalam kategori Penerbitan Dalaman. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik disandang oleh Suatu Ketika (Ep YuenYuet Leng); Rancangan Bual Bicara Terbaik, Selami Jiwa (Datuk Fadzillah Kamsah); Rancangan Hiburan Terbaik (Maharaja Lawak Akhir) dan Rancangan Muzikal Terbaik (Shout Awards 2010)

Kategori Rancangan Realiti Terbaik menjadi milik Showdown 2011: Top 12 Show; Laporan Khas / Berita Terbaik (Buletin Utama, Pengemis Terhormat).

Anugerah Khas Yasmin Ahmad diberikan kepada Syamsul Yusof dan Anugerah Artis Harapan Pantene milik Fazli Daniel Ali menerusi drama Yang Terpuji.

Persembahan biasa-biasa

SAAT melihatkan perjalanan majlis yang cukup gah itu, sebenarnya ia berlangsung dalam suasana yang biasa-biasa sahaja. Tidak ada apa-apa keterujaan yang boleh digambarkan selain bertepuk tangan setiap kali nama pemenang diumumkan.

Gandingan pengacara pada malam itu juga biasa-biasa. Mungkin tidak ada keserasian antara Ally Iskandar dan Rozita Che Wan yang sepatutnya menjadi daya penarik utama bagi anugerah besar begitu.

Pertama kali Rozita diberi tanggungjawab besar pada malam itu, dia sudah melakukan yang terbaik. Tapi itu semua masih belum cukup untuk memberikan keyakinan kepada penonton yang Rozita benar-benar layak menjadi pengacara anugerah besar.

Sebagai pengacara yang berpengalaman, Ally Iskandar pula tidak banyak memberikan sisi lain dirinya. Ally tetap Ally dan segala pergerakannya pada malam itu langsung tiada istimewa malah kelihatan sangat klise.

Hanya persembahan deklamasi puisi yang dibacakan oleh Datuk Rahim Razali menjadi penyelamat kepada ASK2011 kali ini. Kemunculan Rahim dengan puisi Tenanglah Di Sana cukup berjaya memerangkap emosi sebahagian besar penonton.

Di layar, kelihatan satu demi satu insan seni yang sudah pergi buat selama-lamanya, tetapi melalui seni mereka terus melekat di hati buat selama-lamanya. Persembahan artis lain juga sekadar biasa.

ASK2011 bukan medan untuk melaram sakan semata-mata tetapi sudah tiba masa pihak penganjur mencari mekanisme baru untuk meneruskan kesinambungan yang sedia ada.

Banyak pembaharuan yang perlu dilakukan untuk mencari sisi lain agar ASK terus menjadi acara yang ditunggu-tunggu pemenangnya setiap tahun.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.