saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 15/11/2011

Pengharaman judi menurut al-Quran

lDisediakan oleh Bahagian Analisa dan Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islam Malaysia

Sejak lama dahulu, permainan judi telah dikenal oleh manusia. Pada zaman jahiliah, masyarakat Arab sangat gemar bermain judi. Mereka menyebut permainan itu sebagai al- Masyir.

Pada masa itu, mereka tahu dua bentuk judi, iaitu al-mukhatarah dan al-tajzi'ah. Para ulama bersepakat bahawa judi adalah haram dalam hukum Islam, sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 219.

AL-MUKHATARAH

Bentuk permainan al-mukhatarah, seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, merupakan permainan yang melibatkan dua orang atau lebih yang mempertaruhkan harta dan isteri mereka dalam sesuatu permainan.

Orang yang menang berhak mengambil harta dan isteri pihak yang kalah. Harta dan isteri yang sudah menjadi milik pemenang dapat diperlakukan sesuka hati. Jika suka, dia boleh mengahwininya. Jika tidak, wanita itu hanya dijadikan hamba atau gundik.

AL-TAJZI'AH

Dalam at-tajzi'ah, 10 orang bermain kad daripada potongan kayu. Ada 10 keping kad, 7 kad diberi angka 1-7, dan 3 kad kosong, sehingga semua angkanya berjumlah 28. Kemudian seekor unta dipotong menjadi 28 bahagian.

Setiap peserta diundi untuk mengambil potongan daging sesuai dengan angka pada kad yang didapatinya. Tiga peserta yang mendapat kad kosong dianggap kalah dan harus membayar harga unta.

Mereka yang menang saling membanggakan diri dengan menyebut nama suku mereka. Permainan ini sering kali berakhir dengan perselisihan, bahkan peperangan.

Kesan terhadap masyarakat

Amalan judi dan minum arak telah diterima oleh sebahagian besar masyarakat sebagai amalan yang boleh memudaratkan institusi kekeluargaan.

Judi bukan sahaja boleh menjejaskan kemampuan kewangan seseorang individu tetapi juga boleh melalaikan dan melekakan seseorang itu daripada menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT dan mereka yang di bawah tanggungan seseorang itu.

Dosa besar

Para ulama setuju bahawa hukum berjudi adalah haram dalam Islam. Hal ini didasarkan pada firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: ada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya… (al-Baqarah: 219)

Dalam ayat lainnya disebut bahawa judi termasuk dalam perbuatan syaitan, sehingga kita mesti menjauhinya sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

Alasan diharamkan judi juga dijelaskan dalam ayat berikutnya yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (al-Maidah: 91)

AL-MAYSIR

Dalam bahasa Arab, judi disebut al-Maysir, yang berasal daripada akar kata yasira atau yasura yang bererti menjadi mudah atau yasara (memudahkan).

Hal ini dapat difahami kerana judi menjanjikan keuntungan tanpa melalui cara yang wajar sebagaimana diajarkan dalam Islam.

Muhammad Rasyid Ridha, cendekiawan Islam yang berasal dari Mesir menafsirkan kata maysir dalam al-Quran sebagai permainan untuk mencari keuntungan tanpa menggunakan akal dan bekerja keras.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.